Motosikal

METER DIGITAL LCD ANTARA CIRI DITAWARKAN SUPERMOPED MODENAS

Minggu baharu bermakna MODENAS membenarkan kami untuk memuat naik ciri yang ada pada supermoped 150cc akan datang. 

Sebelum ini, kami berkongsi gambar dekat lampu depan dan belakang dan kali ini, MODENAS beri lampu hijau untuk kami dedah panel meter yang diguna pakai. 

Pertamanya, supermoped MODENAS ini mengguna pakai meter digital yang memaparkan maklumat lengkap seperti petunjuk gear, speedometer, odometer dan petunjuk minyak. Selain itu, meter digital tersebut turut memaparkan volt meter sekaligus memudahkan pengguna memantau keadaan bateri motosikal dengan lebih mudah. 

Bahagian handlebar disebelah kiri menempatkan butang lampu kecemasan (hazard light), passing light, low beam dan high beam, lampu isyarat dan hon. Sebelah kanan pula menempatkan butang kill-switch dan starter elektrik. 

Ciri ditawarkan jelas membuktikan bahawa supermoped dari MODENAS ini dilengkapi dengan ciri terkini dan memenuhi kehendak pengguna motosikal tempatan. 

Untuk makluman, supermoped MODENAS ini dijadualkan untuk pelancaran pada minggu MotoGP Malaysia yang akan berlangsung pada Oktober ini. 

Google ads
Back to top button