
MOTUL BUKA LEMBARAN BARU DI MALAYSIA DENGAN KEKAYAAN LEGASI
Soalan: Adakah Motul ini jenama baru yang bertapak di Malaysia
Sebenarnya Motul adalah jenama yang telah lama berada di pasaran, dan kalau mengikut sejarah jenama Motul telah wujud hampir selama 171 tahun. Ditubuhkan pada tahun 1853, Motul adalah jenama yang berasal dari Perancis dengan kepakaran dan fokus dalam formulasi, penghasilan dan penjualan minyak pelincir.
Soalan: Jadi Motul ini khusus untuk kereta sahaja?
Tidak tepat kerana Motul berupaya menghasilkan minyak pelincir prestasi tinggi untuk motosikal, kereta, kenderaan berat dan minyak pelincir bagi kegunaan industry melalui MOTULTech. Bagi kegunaan automotid, Motul menghasilkan minyak pelincir siri 300V, 8100, H-Tech, RBF, ATF, CVTF dan DCTF
Hasil inovasi dan kajian Motul diterjemahkan dalam penghasilan barisan minyak pelincir yang komprehensif dengan semua produk setiap satunya diformulasi khusus agar dapat memenuhi standard prestasi dengan reliabiliti yang tinggi.
Soalan: Adakah Motul bercadang untuk memasuki pasaran Malaysia secara solo?
Selama 30 tahun Motul telah bekerjasama dengan pemain industri tempatan seperti High N Lubricant Sdn Bhd (HIGH N), dipimpin oleh Mr Ti Chin Hwee telah membina jenama Motul di pasaran tempatan serta memberi komitmen yang tinggi kepada pelanggan.
Malah High N diberi kepercayaan penuh sebagai pengedar tunggal produk minyak pelincir Motul untuk motosikal di Malaysia di atas keupayaan mereka membina keyakinan tempatan terhadap jenama Motul
Soalan : Dengan pembangunan teknologi bendalir termaju serta kemajuan pesat dalam industri automotif, bagaimana Motul boleh mendepani cabaran dan mengekalkan legasi?
Antara legasi Motuls termasuklah penglibatan serius dalam perlumbaan yang berprestij dalam sukan bermotor dan juga sokongan strategik dan kerjasama mapan daripada pasukan perlumbaan ternama di seluruh dunia

Tetapi bukan sekadar penglibatan dalam perlumbaan, Motul sebenarnya mendahului pesaingnya dalam membangunkan minyak pelincir prestasi tinggi untuk sektor automotif, dan memastikan semua produk Motul menawarkan prestasi terbaik dan ketahanan yang lasak untuk perlumbaan
Salah satu pendekatan yang dibuat oleh Motul ialah gabungan inovasi dari pakar bendalir antarabangsa dengan pengetahuan dan keperluan tempatan khusus untuk keperluan pengguna pasaran tempatan
Pasukan kajian dan pembangunan (R&D) global akan berkerjasama rapat dengan pemain industri tempatan serta pengguna bagi memahami kehendak pasaran tempatan dan aspek ini menjadi dorongan kepada R&D yang berterusan dan teknologi minyak pelincir
Soalan : Apa yang Motul bakal lakukan untuk pasaran Malaysia nanti?
Sudah tentu ada perkara menarik untuk pengguna Malaysia. Pertama Motul dinamakan sebagai penaja utama bagi acara “2024 Sepang 12 Hours” yang berlangsung baru-baru ini. Acara ini akan menjadi medan ujian dan ketahanan kepada barisan produk pelincir Motul nanti
Kedua ialah kempen hadiah wang tunai bagi pengguna di Malaysia dengan kempen ini akan berakhir pada 30 April 2024, dengan fokus untuk membalas semua budi semua pihak yang terlibat dalam menyokong dan membangunkan jenama Motul di dalam negara dengan semua maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook rasmi Motul.
Sebagai tambahan, Motul buka sahaja menambah barisan produk terkini tetapi mengukuhkan lagi kerjasama dengan pemain industri dan pengguna. Kami berada di sini bagi memacu perkembangan, menyokong industri automotif, dan memberi sumbangan kepada masa depan industri yang mapan di Malaysia

Kami ini menegaskan yang Motul bukan sekadar syarikat pelincir tetapi kami adalah sekumpulan peminat automotif yang sama sama berkongsi semangat untuk inovasi, kualiti dan kelestarian alam.
Dengan kerjasama erat semua pihak, Motul akan memacu masa depan yang lebih baik dimana prestasi minyak pelincir yang bagus dan alam sekitar boleh diintegrasikan. Motul mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bersama kami di atas kepercayaan dan sokongan
Motul akan meneruskan komitmen kami terhadap inovasi, kualiti dam kelestarian alam dan usaha pada masa akan datang akan merangkumi pengenalan minyak pelincir yang lebih mesra alam bagi industri automotif Malaysia
Anda boleh layari laman sesawang MOTUL, laman sosial (Facebook) bagi mencari maklumat lanjut produk Motul, wakil jualan rasmi dan acara yang dianjurkan oleh Motul. Anda juga boleh membeli produk Motuls secara terus dimedia sosialnya (Facebook). Di samping itu, para pelanggan juga boleh mengunjungi kedai dalam talian rasmi MOTUL Malaysia di Shopee dan Lazada