Advertorial

DARI KERETA TERBARU HINGGA TEKNOLOGI BARU, KLIMS 2026 ADA SEMUANYA…

Industri automotif negara bakal kembali meriah menerusi penganjuran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026, sebuah pameran mobiliti terbesar di Malaysia yang menghimpunkan inovasi terkini, teknologi masa depan serta pengalaman interaktif untuk semua lapisan pengunjung.

Berlangsung selama 10 hari, KLIMS 2026 bukan sekadar pameran automotif biasa, malah menjadi platform utama yang menghubungkan pengeluar automotif global, pemain industri, pembuat dasar serta peminat kenderaan dalam membentuk masa depan mobiliti negara.

Penganjuran kali ini akan menampilkan pelbagai model kenderaan baharu, inovasi teknologi terkini serta pameran kereta konsep futuristik daripada pelbagai jenama automotif terkemuka. 

Pengunjung bukan sahaja berpeluang menjadi antara yang terawal melihat model-model baharu yang bakal memasuki pasaran, malah dapat menyaksikan sendiri konsep mobiliti masa depan menerusi pelbagai pameran eksklusif dan pelancaran produk sepanjang acara berlangsung.

Selain menjadi platform utama untuk industri automotif mempamerkan perkembangan terbaharu, KLIMS 2026 turut menawarkan elemen hiburan dan gaya hidup yang menjadikannya destinasi menarik untuk seluruh keluarga.

Gabungan pameran automotif, persembahan hiburan dan aktiviti interaktif menjadikan acara ini lebih daripada sekadar sebuah pameran kereta.

Antara tarikan utama ialah Urban Play, sebuah laluan halangan khas yang akan berlangsung dari 12 hingga 14 Jun, selain cabaran simulator kereta dan pengalaman simulator penerbangan, trek kereta kawalan jauh serta KLIMS Modified Car Battle pada 13 dan 14 Jun.

KLIMS 2026 juga menampilkan Experience the Drive, di mana pengunjung boleh mencuba sendiri lebih 70 buah kenderaan menerusi sesi pandu uji bersama jenama yang mengambil bahagian.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti lain termasuk podcast automotif dan hobby market bersama RIUH, pengalaman Pokémon Truck, koleksi diecast, perhimpunan kelab kereta serta kerjasama khas bersama Sepang International Circuit yang menampilkan kereta Formula, jentera perlumbaan dan sesi bertemu pelumba serta pasukan perlumbaan.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM125,000 termasuk hadiah utama sebuah Perodua Bezza baharu! (Tertakluk kepada terma dan syarat: Penyertaan dibuka kepada semua pemegang tiket berusia 18 tahun ke atas).

Dari segi harga tiket, kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung dari Isnin hingga Khamis. Bagi hari Jumaat, hujung minggu dan cuti umum, tiket dewasa ditawarkan pada harga RM30, manakala warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar hanya RM15. 

Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula menikmati kemasukan percuma sepanjang acara berlangsung.

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman penuh sepanjang acara, pas Unlimited Access selama 10 hari ditawarkan pada harga RM80, manakala Bundle Pass untuk lima individu boleh didapati pada harga RM100.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket dan membuat pendaftaran menerusi laman rasmi berikut; https://reg.klims.com.my/Account/RegisterVisitor

Untuk maklumat lanjut, layari https://klims.com.my/ atau ikuti perkembangan terkini di media sosial https://www.facebook.com/klims.com.my , https://www.instagram.com/klims_my/,  dan https://www.tiktok.com/@klims_my

Google ads
Back to top button