
NAK BELI HONDA HUJUNG TAHUN? ADA PELUANG NIKMATI 50% POTONGAN ANSURAN SELAMA ENAM BULAN*!
Menjelang penghujung tahun, Honda Malaysia tampil dengan kempen istimewa menerus inisiatif ‘Fun Begins With Honda’, menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pelanggan yang merancang untuk memiliki kereta baharu.

Bermula 1 November 2026, kempen ini mengetengahkan program cabutan bertuah Most Fun Year-End Lucky Draw yang menawarkan peluang menikmati potongan 50 peratus bayaran ansuran bulanan selama enam bulan*, selain pelbagai ganjaran menarik dengan nilai keseluruhan sehingga RM29,000*.
Inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan memeriahkan pembelian kenderaan pada musimhujung tahun, malah memperkukuh komitmen Honda Malaysia dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih menyenangkan dan bebas kerisauan.
Antara model yang menjadi tumpuan sepanjang kempen ini ialah Honda City Baharu, City Hatchback Baharu, HR-V, WR-V Baharu, Civic dan CR-V.

Pelanggan berpeluang menikmati tawaran rebat istimewa termasuk penyelenggaraan percuma selama tiga tahun*, sekali gus membantu mengurangkan kos pemilikan dalam tempoh awal penggunaan kenderaan.
Selain tawaran tersebut, Honda Malaysia turut menyediakan beberapa program sokongan pemilikan yang merangkumi kempen Honda Loyalist, Hybrid Campaign serta rebat HiP sehingga RM3,000*.
Pelanggan juga boleh menikmati tawaran daripada pengedar sah Honda di seluruh Malaysia menerusi program Nationwide Dealer Offer, selain kemudahan program Pre-Owned bagi mereka yang mempertimbangkan pilihan kenderaan terpakai.
Dari aspek perlindungan, Honda Malaysia turut menawarkan pakej waranti sehingga lapan tahun bagi model terpilih serta waranti sistem hibrid sehingga 10 tahun.

Gabungan pelbagai inisiatif ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman pemilikan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan masing-masing.
Secara keseluruhan, kempen ‘Fun Begins With Honda’ memperlihatkan pendekatan Honda Malaysia dalam menggabungkan ganjaran pembelian, penjimatan kos penyelenggaraan dan perlindungan pemilikan dalam satu tawaran hujung tahun.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen, kelayakan serta terma dan syarat yang ditetapkan, pelanggan boleh menghubungi pengedar sah Honda berdekatan atau melayari laman web rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my/happening.
*Tertakluk pada terma dan syarat.



