
KENA LANGGAR, KENA FITNAH ATAU SCAM? DDPAI Z90 MASTER DAN Z60T SEDIA JADI ‘BODYGUARD’ KERETA ANDA
Bayangkan anda sedang memandu pada waktu malam. Lampu jalan samar, hujan renyai, dan tiba-tiba sebuah kereta memotong masuk secara mengejut.
Dalam situasi seperti ini, satu saat sahaja sudah cukup untuk menentukan siapa yang bersalah.
Tetapi persoalannya, adakah dashcam anda benar-benar mampu merakam bukti dengan jelas?
Hari ini, dashcam bukan lagi sekadar aksesori tambahan. Dengan peningkatan kes scam jalan raya, tuntutan insurans palsu dan pertikaian kemalangan, semakin ramai pengguna mula beralih kepada dashcam profesional 3-channel beresolusi tinggi.

Malah, walaupun banyak EV moden kini hadir dengan dashcam terbina dalam, rakaman nombor plat ketika malam atau dalam keadaan backlight masih sering kabur dan sukar digunakan sebagai bukti.
Atas sebab itu, DDPAI tampil dengan dua model 3-channel 4K yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna berbeza; DDPAI Z90 Master dan DDPAI Z60T.
Satu hadir sebagai model flagship penuh teknologi, manakala satu lagi menawarkan nilai lebih praktikal pada harga lebih mesra poket.Dalam kotak, pengguna akan menerima unit utama, kamera tambahan, kabel kuasa, aksesori pemasangan dan semua keperluan asas untuk setup.
Dari segi rekaan, Z90 Master kelihatan lebih premium dan moden, manakala Z60T pula tampil ringkas tetapi praktikal untuk penggunaan harian.
Secara mudah:
- Z90 Master fokus kepada pengalaman flagship dengan kualiti imej dan teknologi maksimum
- Z60T pula lebih kepada “all-rounder” yang memberi pengalaman 3-channel 4K tanpa perlu berbelanja terlalu tinggi

DDPAI Z90 Master: Dashcam Flagship Untuk Mereka Yang Mahu Terbaik
Apa yang membezakan dashcam 3-channel sebenar ialah keupayaannya merakam keseluruhan situasi:
- Bahagian depan jalan
- Bahagian belakang kenderaan
- Ruang kabin
Ini sangat penting dalam pelbagai situasi seperti:
- Kemalangan belakang
- Kenderaan memotong secara berbahaya
- Insiden penumpang e-hailing
Cubaan vandalisme atau kecurian Rakaman 4K + 4K + 3K pada Z90 Master memberikan liputan yang benar-benar lengkap, dengan kamera depan 4K, kamera belakang 4K dan kamera kabin 3K untuk memastikan setiap sudut penting dirakam dengan jelas.
Kualiti imej yang dihasilkan sangat tajam sama ada ketika siang, malam, hujan mahupun dalam situasi backlight.
Ketika melalui kawasan gelap atau cuaca kurang baik, perincian jalan, pergerakan kenderaan dan nombor plat masih boleh dilihat dengan lebih jelas berbanding kebanyakan dashcam biasa atau sistem OEM terbina dalam.

Prestasi Malam Yang Sangat Meyakinkan
Di sinilah kelebihan sebenar Z90 Master mula menyerlah.
Menggunakan teknologi Dual Sony STARVIS 2 dan NightVIS 2.0 , dashcam ini mampu menghasilkan rakaman malam yang lebih terang, lebih bersih dan kurang noise berbanding dashcam biasa atau sistem OEM terbina dalam.
Dalam kawasan gelap seperti:
- Parkir bawah tanah
- Jalan kampung
- Lorong tanpa lampu
Nombor plat masih boleh dibaca dengan baik pada jarak tertentu.
Ini adalah perkara yang sangat penting kerana kebanyakan kemalangan dan insiden berlaku pada waktu malam, ketika dashcam biasa mula gagal memberi detail yang diperlukan.

Pengalaman Penggunaan Yang Lebih Premium
Selain kualiti imej, Z90 Master juga menawarkan beberapa ciri flagship yang menjadikan pengalaman penggunaan lebih mudah dan lancar.
Antaranya termasuk:
- Teknologi πLink networking yang membolehkan Z90 Master digabungkan dengan MINI3X untuk membentuk sistem rakaman 3-channel yang lebih berkuasa
- Sambungan 5GHz Wi-Fi 6 dengan kelajuan pemindahan sehingga 40MB/s untuk akses video lebih pantas
- 36W Fast Car Charger untuk pengecasan lebih praktikal ketika memandu
Siapa Yang Sesuai Dengan Z90 Master?
Dashcam ini sesuai untuk:
- Pengguna yang mahukan rakaman paling jelas
- Pemandu jarak jauh
- Keluarga dengan anak kecil
- Peminat road trip
- Pengguna yang sering memandu waktu malam
- Mereka yang mahukan perlindungan maksimum dalam dan luar kenderaan
DDPAI Z60T: Pilihan Lebih Praktikal Tetapi Masih Lengkap

Jika Z90 Master ialah pilihan flagship, Z60T pula lebih fokus kepada nilai dan praktikaliti.
Namun menariknya, banyak ciri utama masih dikekalkan.
Masih Kekal Dengan Teras 4K + 3-Channel
Walaupun lebih murah, Z60T masih menawarkan:
- Rakaman depan 4K
- Sistem 3-channel HDR
- Sokongan 4G remote connectivity
- Parking monitoring
- Rakaman kabin infrared definisi tinggi
Secara asas, pengalaman penggunaan utama masih berada pada tahap sangat baik. Malah untuk ramai pengguna biasa, perbezaan pengalaman harian mungkin tidak terlalu ketara.
Pemasangan Lebih Mudah & Kos Penyelenggaraan Rendah
Antara kelebihan besar Z60T ialah konsep “plug and play”.
Setiap kamera menggunakan satu kabel yang lebih mudah diurus, menjadikan proses pemasangan lebih ringkas.
Selain itu, ketiga-tiga channel hanya memerlukan satu kad SD sahaja.
Dalam keadaan harga storan semakin mahal, ini sebenarnya membantu mengurangkan kos penggunaan jangka panjang.

Rakaman Infrared Yang Sangat Baik Untuk Kabin
Walaupun resolusi kamera kabin pada Z60T diturunkan daripada 3K kepada 2K berbanding Z90 Master, prestasi rakaman infrarednya masih berada pada tahap yang sangat baik untuk penggunaan harian.
Malah, teknologi infrared yang diwarisi daripada Z90 Master membolehkan rakaman kabin kekal terang dan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang sangat minimum atau hampir gelap sepenuhnya.
Ini membantu memastikan wajah penumpang, pergerakan dalam kabin dan situasi di ruang belakang masih boleh dirakam dengan baik tanpa noise berlebihan.
Ciri ini amat berguna untuk:
- Pemandu e-hailing
- Pemandu teksi
- Penghantar barangan
- Pengguna yang sering parkir di kawasan gelap atau kurang pencahayaan
Walaupun hadir sebagai model lebih mampu milik, Z60T masih mengekalkan kelebihan penting rakaman kabin infrared definisi tinggi yang menjadi antara kekuatan utama sistem 3-channel DDPAI.

Siapa Yang Sesuai Dengan Z60T?
Model ini sangat sesuai untuk:
- Pemandu Grab atau e-hailing
- Penghantar barangan
- Pengguna yang mahu perlindungan lengkap pada harga lebih rendah
- Mereka yang mahu setup mudah tanpa pening kepala
- Pengguna yang mahukan dashcam “pasang dan guna”
Z90 Master vs Z60T – Mana Satu Patut Pilih?

Untuk memudahkan pengguna, ini adalah perbezaan kedua-dua model;
| Ciri Utama | Z90 Master | Z60T |
| Kamera Depan | 4K | 4K |
| Kamera Belakang | 4K | 1080P |
| Kamera Kabin | 3K, AI Portraits & Infrared Night Vision | 2K, AI Portraits & Infrared Night Vision |
| Sistem Rakaman | 3-Channel | 3-Channel |
| Image Sensor | Dual Sony STARVIS 2 IMX678 | GC8613/SC223A |
| 3-Channel Connection | πLink Networking | Pendawaian Terus (Direct Wiring) |
| Storan | eMMC 64GB + sehingga 512GB microSD | TF Card sehingga 512GB |
| Sasaran Pengguna | Premium / Road Trip / Keluarga | Praktikal / E-hailing / Harian |
Apa Persamaan Kedua-Duanya?
Kedua-dua model menawarkan pengalaman dashcam moden yang jauh lebih lengkap berbanding sistem OEM biasa, termasuk:
- Kamera depan 4K
- Sistem rakaman 3-channel lengkap
- Parking monitoring
- Sambungan aplikasi pintar
- 5GHz Wi-Fi 6 Turbo
Berbanding dashcam standard terbina dalam, kedua-duanya lebih sesuai digunakan sebagai bukti ketika kecemasan atau pertikaian di jalan raya.
Apa Yang Membuatkan Z90 Master Lebih Premium?
Z90 Master hadir dengan konfigurasi lebih tinggi untuk pengguna yang mahukan pengalaman flagship sebenar.
Antara kelebihan utamanya termasuk:
- Rakaman 4K depan + belakang + 3K kabin
- Teknologi Dual Sony STARVIS 2
- Night vision lebih kuat dan lebih jelas
- Sudut pandangan lebih luas
- Aperture lebih besar untuk pengambilan cahaya lebih baik
- Storan eMMC 64GB dengan sokongan sehingga 512GB
Pendek kata, ia direka untuk pengguna yang benar-benar mahu kualiti rakaman terbaik tanpa kompromi.
Apa Yang Dikurangkan Pada Z60T?
Untuk memastikan harga lebih mesra pengguna, beberapa spesifikasi dikurangkan secara praktikal:
- Kamera belakang menggunakan resolusi 1K
- Kamera kabin menggunakan rakaman infrared 2K
- Sudut pandangan dan aperture lebih konservatif
Namun begitu, pengalaman asas 4K + 3-channel masih dikekalkan.
Tambahan pula, Wi-Fi 6 Turbo dan storan fleksibel sehingga 512GB masih membantu memberikan pengalaman penggunaan yang sangat baik untuk majoriti pengguna harian.
Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Anda?
Jika anda sangat mementingkan kualiti rakaman, prestasi night vision dan pengalaman premium, DDPAI Z90 Master ialah pilihan flagship yang sukar ditandingi.
Namun jika anda lebih mementingkan nilai, praktikaliti dan mahukan sistem 4K + 3-channel lengkap pada harga lebih mesra poket, Z60T ialah pilihan yang lebih seimbang.
Apa yang pasti, kedua-dua model ini menunjukkan kenapa semakin ramai pengguna kini meninggalkan dashcam OEM biasa dan beralih kepada sistem dashcam profesional 3-channel.
Dalam dunia pemanduan hari ini, rakaman yang jelas bukan lagi sekadar aksesori tambahan — ia sudah menjadi satu bentuk perlindungan penting di jalan raya.
Dan untuk kategori dashcam 3-channel, DDPAI terus dikenali sebagai antara jenama yang paling dipercayai pengguna.
Untuk mendapatkan DDPAI Z90 Master dan Z60T, sila klik pautan dibawah;
- Z60T: https://bit.ly/44xjh2l
- Z90 Master: https://bit.ly/4eZc80O


