
SEGALANYA BERKUASA UNTUK BRABUS 930 S – TAMPIL MEWAH, JANA 930HP, HARGA RM2.08 JUTA
Bagi kebanyakan, 791 kuasa kuda sudah mencukupi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan. Namun, bagi sesetengah yang sentiasa mencari lebih daripada itu, jawapannya adalah Brabus.
Penala terkenal dari Jerman itu baru-baru ini memperkenalkan model terbaru mereka, Brabus 930 S, berdasarkan Mercedes-AMG S63 E-Performance baharu, menghamburkan kuasa mengagumkan iaitu 930hp.
Bayangkan, hampir seribu kuasa kuda terkandung dalam sebuah sedan mewah. Angka ini hampir tidak masuk akal, dan ini belum termasuk tork yang mencapai 1,113.7 paun kaki.

Brabus telah melakukan peningkatan pada enjin AMG V-8 4.0 liter, meningkatkan kuasa dari 603hp kepada 740hp dengan pengecas turbo baharu, sistem ekzos yang ditingkatkan, dan motor elektrik 190hp pada gandar belakang, menyumbang kepada prestasi luar biasa.
Menurut Brabus, model 930 ini mampu bergerak dari 0-100km/j dalam hanya 3.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 289km/j.
Di samping prestasi mengagumkan, Brabus 930 S juga menawarkan penampilan luaran dan dalaman yang mewah.

Penggunaan gentian karbon yang meluas dan rim monoblok 22-inci memberikan kesan visual menarik selain, bahagian dalamnnya menggunakan upholsteri kulit berkualiti tinggi, sekaligus memberikan nuansa mewah.
Brabus turut membuat penyesuaian pada sistem suspensi untuk menurunkan ketinggian kereta dalam mod pemanduan tertentu, serta memasang tayar depan 265/35ZR22 dan tayar belakang 295/30ZR22.
Walaupun memiliki berat hampir tiga tan, Brabus 930 masih menawarkan kecekapan bahan api yang baik, dengan purata 53.5 mpg, meskipun prestasi penuh hanya dapat dicapai dengan menggunakan kuasa penuh.
Bagi sesiapa yang mahu memiliki model ini, Brabus telah meletakkan tanda harga kira-kira AS$441,000 (RM2.08 juta).
Memang bukan harga yang murah, tetapi untuk kuasa dan ciri-ciri ditawarkan, ia adalah pelaburan berbaloi.
GALERI:













- BACA: EXLANTIX ET KINI DIBUKA UNTUK PRA-JUALAN DI CHINA – BATERI LFP 2.0 SHENXING BAHARU, TAWAR JARAK GERAK 700KM
- BACA: CHERY MALAYSIA LANCAR PUSAT PAMERAN DAN SERVIS BAHARU DI KOTA KINABALU
- BACA: SYARIKAT CHINA BINA RTS HUBUNGKAN MALAYSIA-SINGAPURA, DIJANGKA SIAP PENGHUJUNG TAHUN 2026
- BACA: KAJIAN LEMON LAW PERLU LIBAT SEMUA PEMEGANG TARUH, PERTUBUHAN HAK PENGGUNA



