Advertorial

U MOBILE BAWA DEMAM BOLA SEPAK DENGAN “ULTRA FOOTBALL FEST”

Bila dunia mula menghitung hari menuju FIFA World Cup 2026™, satu perkara pasti – demam bola sepak bakal kembali menguasai setiap skrin, setiap kedai mamak dan setiap ruang tamu di Malaysia.

Dan kali ini, U Mobile mahu membawa pengalaman itu ke tahap lebih besar menerusi kempen “Ultra Football Fest” yang terasa seperti sebuah perayaan bola sepak nasional.

Sebagai Penaja Siaran untuk FIFA World Cup 2026™, U Mobile bukan sekadar menawarkan sambungan internet, tetapi membuka peluang untuk peminat menikmati sendiri gaya hidup bola sepak yang selama ini hanya dibayangkan di kaca televisyen.

Pelanggan U Mobile boleh menikmati penstriman percuma tanpa had dengan Pas Bola Sepak ULTRA yang boleh ditebus di Aplikasi MyUMobile dari 11 Jun hingga 20 Julai 2026 untuk semua aksi FIFA World Cup 2026™ di RTMKlik.

Ini bermakna peminat boleh mengikuti setiap detik kejohanan tanpa perlu risau tentang penggunaan data atau kelajuan internet – sama ada menonton di telefon ketika dalam perjalanan, di kafe bersama rakan-rakan atau di rumah bersama keluarga.

Dalam dunia bola sepak moden, pengalaman menonton kini bukan lagi sekadar duduk di depan televisyen. Ia tentang reaksi masa nyata di media sosial, perbualan dalam group WhatsApp ketika perlawanan berlangsung dan ritual berjaga malam demi menyaksikan detik dramatik Piala Dunia.

Dan U Mobile nampaknya memahami budaya itu.

Kerana FIFA World Cup bukan sekadar kejohanan empat tahun sekali.

Ia adalah musim berjaga malam.
Musim percaya kepada magis.
Musim di mana satu gol mampu menyatukan seluruh dunia dalam beberapa saat.

Melalui kempen “Ultra Football Fest”, pelanggan hanya perlu mendaftar atau menaik taraf ke pelan ULTRA Postpaid, ULTRA Prepaid, U Home 5G atau membeli peranti terpilih untuk merebut pelbagai hadiah eksklusif bertemakan bola sepak.

Paling mencuri perhatian pastinya hadiah utama “ULTRA Dream Football Tour” bernilai RM250,000 untuk empat orang — pengalaman impian menyaksikan sendiri atmosfera bola sepak bertaraf dunia bersama rakan-rakan.

Tidak cukup dengan itu, empat pemenang lain turut berpeluang memenangi “ULTRA Home Stadium Makeover” bernilai RM50,000 setiap satu, menukar ruang tamu biasa menjadi zon tontonan ala stadium sendiri.

Kempen ini turut menawarkan hadiah bertaraf dunia termasuk:

• 50 unit Samsung Galaxy S26 ULTRA
• 100 unit Smart 65” Crystal UHD 4K Smart TV
• 500 helai jersi rasmi FIFA World Cup 2026™

Namun apa yang benar-benar menjadikan kempen ini dekat dengan hati peminat bola sepak tempatan ialah pengalaman menonton yang lebih mudah diakses untuk semua.

Melalui “Ultra Football Fest” dan penstriman percuma tanpa had di RTMKlik, U Mobile mahu memastikan rakyat Malaysia menikmati setiap detik FIFA World Cup 2026™ dengan cara yang lebih connected, lebih meriah dan lebih dekat dengan jiwa peminat bola sepak sebenar.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.u.com.my/en/personal/deals/ultra-football-fest 

Google ads
Back to top button