
RERUAI GWM PAMER PELBAGAI MODEL DI KLIMS 2026
Kalau anda masih merancang untuk ke KLIMS 2026 hujung minggu ini, ada satu reruai yang rasanya rugi kalau dilepaskan begitu sahaja iaitu reruai GWM Malaysia.
Apa yang menjadikan reruai GWM menarik ialah ia bukan sekadar mempamerkan beberapa buah kereta untuk dilihat dari jauh. Sebaliknya GWM menghimpunkan pelbagai model daripada jenama HAVAL, TANK, WEY dan ORA di bawah satu bumbung, membolehkan pengunjung membandingkan sendiri kenderaan yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup masing-masing.
Bagi mereka yang mencari SUV keluarga yang menjimatkan penggunaan bahan api untuk perjalanan harian atau balik kampung, HAVAL H6 HEV antara model SUV yang patut diberikan perhatian. Selain menawarkan pemanduan hibrid yang lancar, ia juga direka untuk perjalanan jauh dengan lebih efisien.
Jika anda lebih mementingkan keselesaan dan kemewahan untuk seluruh keluarga besar anda, WEY G9 Hi4 PHEV pula menawarkan pengalaman sebuah MPV premium dengan pelbagai teknologi moden yang memberi fokus kepada keselesaan penumpang dan pemandu.
Manakala bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak atau pengembaraan hujung minggu, TANK 300 HEV membawakan karakter SUV off-road yang cukup ikonik dengan keupayaan sebenar meredah laluan mencabar, tetapi masih dipadankan dengan sistem hibrid moden yang lebih cekap digunakan setiap hari.
Sementara itu pula TANK 500 HEV pula tampil sebagai SUV flagship yang menggabungkan elemen kemewahan, keselesaan dan keupayaan off-road dalam satu pakej. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan kenderaan yang mampu membawa keluarga dengan selesa tetapi masih bersedia untuk aktiviti luar bandar atau perjalanan jauh.
Bagi pengunjung yang lebih cenderung kepada gaya hidup bandar, ORA GOOD CAT juga dipamerkan sebagai pilihan hatchback elektrik yang menampilkan reka bentuk unik dan funky dengan pengalaman pemanduan yang santai.
Selain model sedia ada, reruai GWM turut memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih awal dua model yang bakal menjadi perhatian, iaitu ORA 5 HEV dan HAVAL H7 Hi4 PHEV.
ORA 5 HEV tampil sebagai crossover kompak dengan gabungan reka bentuk moden dan sistem hibrid untuk kegunaan harian, manakala HAVAL H7 Hi4 PHEV pula menawarkan penampilan SUV berkotak yang lasak dengan teknologi pacuan semua roda berasaskan sistem hibrid pintar, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya hidup aktif.
Apa yang menjadikan reruai GWM lebih menarik ialah pengalaman yang ditawarkan kepada pengunjung. Selain melihat kenderaan dengan lebih dekat, anda juga boleh menyertai TANK 300 RC Off-Road Challenge, meneroka zon interaktif, berbual dengan pakar produk dan membandingkan pelbagai model secara terus bagi membantu membuat pilihan yang tepat.
Sekiranya anda memang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu, inilah peluang terbaik untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada wakil GWM sambil melihat sendiri promosi eksklusif yang ditawarkan sepanjang KLIMS 2026.
Pendek kata, sama ada anda sedang mencari SUV keluarga, MPV premium, kenderaan lasak untuk aktiviti hujung minggu atau sekadar ingin melihat teknologi automotif yang bakal mewarnai pasaran Malaysia, reruai GWM menawarkan semuanya di satu lokasi.
Jadi sebelum KLIMS 2026 melabuhkan tirainya, pastikan anda meluangkan masa untuk singgah ke reruai GWM. Siapa tahu, di sinilah anda mungkin menemui model yang paling sesuai untuk perjalanan dan gaya hidup anda.









