Artikel Pilihan

FORD PANGGIL KEMBALI 944 UNIT KENDERAAN MEREKA YANG MUNGKIN BERGERAK SENDIRI DARI TEMPAT PAKIR – MISTERI APA PULAK NI?

Ford Amerika Syarikat memanggil kembali sejumlah 944 unit kenderaan yang dikatakan mempunyai sebatang skru longgar. Memang ia cuma sebatang skru tetapi ia boleh mengakibatkan kenderaan terbabit bergerak sendiri walaupun gear diletakkan dalam posisi “Park”. Naya weh kalau tinggal dalam keadaan elok sekali terundur ke dalam gaung.

Masalah dikatakan bermula akibat kakitangan yang terlibat dalam pemasangan kotak gear terlupa mengetatkan sebatang skru dalam proses pemasangan. Bahaya sungguh.

Insiden pertama dikesan pada 30 Disember 2022 lalu bila sebuah Ford Explorer dibawa ke pusat servis kerana kegagalan transmisi walaupun baru bergerak 29 batu selepas dibeli. Juruteknik pusat servis menemui sebatang skru longgar dalam kotak gear. Hadoi, barai kena kes macam ni.

Ia dianggap kes terpencil tapi pada 11 Januari tahun ini, pekerja kilang pemasangan Ford melaporkan dua buah Ford Bronco bergerak sendiri ke hadapan walaupun gear berada pada posisi “Park”. Ford segera memulakan prosedur semakan kualiti secara menyeluruh jika terdapat lagi masalah yang sama.

Jualan kenderaan yang disyaki terlibat dihentikan serta merta. Simpton yang dilaporkan hanyalah kenderaan bergerak sendiri dan lampu check engine yang menyala selain bunyi dari kotak gear.

Daripada 944 unit tersebut 600 unit masih belum terjual dan antara model terlibat ialah Lincoln Aviator, Bronco, F-150, Mustang dan Explorer. Ford Ranger tak ada okey. Selamat.

Google ads
Back to top button