Buletin

HERTZ, SHELBY DEBUT MUSTANG 900HP YANG BOLEH DISEWA. GENG MLM MESTI SUKA

Shelby American dan syarikat sewa kenderaan Hertz akan mula menawarkan model-model Ford Mustang yang telah ditala semula untuk disewa oleh pihak yang berminat.

Sesetengah daripadanya mampu menghamburkan kuasa melebihi 900 kuasa kuda, seperti contoh Mustang Shelby GT500-H yang dilengkapi dengan nadi 5.2 liter V8 dengan unit pengecas lampau, di mana ia bakal menjadi kereta sewa yang paling berkuasa pernah ditawarkan oleh Hertz.

Selain itu, Mustang GT500-H turut mendapat hud gentian karbon dengan liang yang lebih menonjol, jalur emas pada bahagian badan yang memberikan penghormatan kepada model asal Hertz Shelby Mustang, diikuti dengan rim aluminium tempa.

Shelby hanya akan membina 25 unit sahaja GT500-H, di mana 19 daripadanya dilayangkan warna Shadow Black, dan selebihnya warna Oxford White.

Sayang sekali, GT500-H ini hanya boleh didapati di lokasi terhad, seperti Phoenix, Arizona; Las Vegas, Nevada; Fort Myers, Miami, Orlando, dan Tampa.

Untuk mereka yang mahukan penawaran yang lebih ringkas, Hertz turut menawarkan model Mustang Shelby GT-H yang dilengkapi dengan enjin 5.0 liter V8 Coyote menghasilkan 450 kuasa kuda, serta bentuk badan convertible atau fastback.

Berbanding model asal Mustang GT, Mustang GT-H ini membawakan rekaan hud yang berbeza, diikuti gril depan Shelby, unit lampu belakang yang dikemaskini, sistem ekzos cat-back Borla dan rim bersaiz 20 inci dengan tayar berprestasi tinggi.

Google ads
Back to top button