Artikel Pilihan

REMAJA 14 TAHUN CURI MUSTANG SHELBY GT500 BAHARU – KUAT SANGAT MAIN GTA NI

Seorang remaja di Michigan jatuh dari ketinggian hampir 9 meter selepas terjun dari jambatan selepas kereta yang dicuri kehabisan minyak sewaktu dikejar polisi (apasal tiba-tiba tulis indon ni?).

Bukan calang-calang selera remaja ini kerana kereta yang dicuri ialah Ford Mustang Shelby GT500 original dan dirembat dari kilang pemasangan Ford di Flat Rock, Michigan. Ko cita-cita nak jadi leader MLM dik? Tak pasal-pasal jadi pesalah juvana.

Kamera badan yang dipakai pegawai polis dalam pautan video menunjukkan beliau menghampiri kenderaan dengan senjata dan mengarahkan remaja terbabit keluar dari kenderaan. Remaja tersebut akur dan keluar sebelum melompat pagar jambatan dan jatuh ke tanah lapang di bawah.

Remaja terbabit mengalami kecederaan sekaligus gagal dalam cubaan untuk melarikan diri. Rekod jenayah dapat sakit pun dapat. Syukur jugaklah kecederaannya tidak berapa serius. Kalau tak jenuh jugak la pengawai polis tu nak menjawab dengan NGO kat sana.

Insiden ini berlaku pada 12 Oktober lalu sekitar jam 7.00 malam. Awal betul diorang buat kerja. Polis memulakan operasi sebaik menerima laporan tiga buah Mustang dicuri dari kilang pemasangan Ford sebelum mengesan tiga buah Shelby GT500 tersebut menghala ke utara lebuhraya I-75.

Cubaan menghentikan kenderaan suspek tidak diendahkan sebelum sebuah darinya berhenti akibat kehabisan petrol. Cerdik juga pengeluar di sana kerana mengisi hanya sedikit petrol dalam tangki kenderaan berikutan kecurian yang kerap berlaku. Curi model Shelby ni dah kira hebat cuma nampak lemah sebab tak cek dulu meter minyak.

Lain kali adik-adik kalau nak pakai kereta macam ni kena belajar rajin-rajin bagi habis, kerja kumpul duit tak kiralah bisnes ke apa pun janji halal. Jangan jadi scammer nanti kantoi malu dengan orang kampung. Curi lagi tak berbaloi. Tak pun kerja macam kami. Beli memang tak mampu tapi boleh lah setakat nak melaram sehari dua.

Google ads
Back to top button