Buletin

FORD HENTI JUALAN MUSTANG MACH-E, 49 RIBU TERJEJAS AKIBAT BATERI PANAS

Ford baru-baru ini mengarahkan kebanyakan pengedarnya untuk menghentikan jualan model SUV elektrik Mustang Mach-E disebabkan isu keselamatan berkaitan bateri.

Menurut notis kepada pengedar yang dilaporkan oleh CNBC, Ford mengesahkan kira-kira 48,924 unit Mustang Mach-E yang dipasang antara 27 Mei 2020 hingga 24 Mei 2022 terkesan disebabkan oleh masalah bateri yang terlalu panas.

Masalah tersebut berpunca daripada komponen penyentuh utama bateri bervoltan tinggi disebabkan oleh penggunaan pengecasan pantas DC dan pedal pendikit yang ditekan habis secara kerap.

Menurut Ford, ia mampu mengakibatkan penyentuh yang dikawal secara elektronik itu akan kekal terbuka atau tertutup dan boleh menyebabkan kehilangan daya pendorong semasa memandu, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

Masalah ini dikatakan mampu diatasi menerusi kemaskini perisian bagi modul kawalan diagnostik dalam papan sekunder dan modul kawalan tenaga bateri.

Berita baik, pemilik Mustang Mach-E boleh menantikan penambahbaikan ini menerusi kemaskini over-the-air yang akan dilaksanakan pada bulan depan. – Carscoops

Google ads
Back to top button