Buletin

FORD MUSTANG ‘TENDANG’ PEMANDU KELUAR KERETA. NAK SHOW OFF TAK JADI!

Seorang pemandu Ford Mustang tercampak keluar dari jenteranya selepas gagal melakukan aksi donut di khalayak umum.

Dalam klip video Redditors,  lelaki yang memandu jentera generasi keempat model Mustang itu kelihatan cuba melakukan aksi donut.

Bagaimanapun, dia seolah-olah telah ‘ditendang’ kereta berkenaan dari tempat duduk pemandu dan tercampak di jalan.

Ketika pemandu masih berada di jalan, kereta terus bergerak ke hadapan. Lelaki yang tercampak di jalan cuba mengejar Mustang itu tetapi agak terlewat apabila ia menuruni tebing berdekatan jalan.

Agak sukar untuk mengetahui kerosakan yang dialami kereta berkenaan kerana adegan video terhenti di bahagian situ sahaja.

Apa pun, video tersebut mengajar kita supaya sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan memastikan pintu sentiasa dikunci.

Ia berikutan kita tidak tahu bila Mustang akan naik angin dan menendang keluar dari jentera. – carscoops.

Google ads
Back to top button