,
Buletin

SUKAR UNTUK MENJUAL KERETA SEDIA ADA? GUNA SAHAJA KHIDMAT MYTUKAR

Kereta boleh dikatakan satu keperluan tidak kira di mana anda berada. Meskipun anda memilih untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja setiap hari, anda masih memerlukan kereta untuk ke destinasi-destinasi yang lain.

Tidak mengambil kira kereta jenis apa pun, apa yang penting ia mampu berkhidmat dengan baik untuk pemiliknya.

Cuma satu perkara yang agak leceh dan kelihatan sukar adalah proses jual beli kereta. Jika anda seorang jutawan, ia mungkin semudah ABC.

Jadi, antara kesukaran yang sering dihadapi ketika proses jual beli kereta ialah untuk menjual kereta lama bagi mendapatkan modal sebelum membeli kereta baru.

Sudah tentu terdapat banyak pilihan medium atau kaedah untuk tujuan tersebut, tertakluk kepada waktu dan kaedah yang sesuai.

Pilihan yang paling mudah semestinya melalui kaedah atau proses trade-in. Ia perkara biasa jika anda ingin memiliki model baru, tetapi risikonya ialah nilai trade-in yang terlalu rendah.

Kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga di pasaran kereta terpakai. Namun, bagi bakal pembeli yang tidak ingin membuang masa, mereka akan memilih jalan ini dan menelan saja kerugian yang bakal dialami.

Satu lagi pilihan ialah dengan menjual sendiri di laman jual beli atas talian. Ini juga mengundang risiko tempoh masa jualan yang tidak menentu. Anda bernasib baik sekiranya kereta anda terjual dalam masa yang singkat. Tetapi kebiasaan yang berlaku ialah kereta masih belum terjual setelah berbulan-bulan kereta tersebut diiklankan.

Melalui kaedah ini juga, anda perlu berdepan dengan pelbagai karenah bakal pembeli yang suka bertanya banyak soalan dan kebanyakan soalan tersebut adalah soalan yang sama dan ianya telah dinyatakan didalam iklan.

Anda juga akan berdepan cabaran ketika proses pembayaran. Proses pembayaran melalui pinjaman, proses pertindihan pembayaran pinjaman bank dan seumpamanya, melibatkan dokumen sokongan yang pelbagai. Proses ini memerlukan bantuan pihak ketiga yang arif dalam menguruskannya.

Kini, myTukar hadir menawarkan penyelesaian bagi masalah anda. myTukar ialah sebuah syarikat yang menggunakan aplikasi atas talian untuk menjual kereta lama anda secara lelong kepada lebih 1,500 syarikat kereta terpakai di seluruh negara.

Syarikat-syarikat kereta terpakai yang berdaftar dengan myTukar akan membida kenderaan yang ditawarkan dan nilai bidaan tertinggi akan ditawarkan kepada pemilik kereta tersebut.

Apabila bidaan telah ditawarkan, anda mempunyai masa selama 24 jam untuk menerima tawaran tersebut. Selepas itu, anda hanya perlu pandu kereta anda ke cawangan myTukar yang berdekatan dan kami akan menjelaskan nilai bayaran tawaran kereta anda tadi pada hari yang sama. Mudah bukan?

Kenapa harga yang ditawarkan oleh myTukar jauh lebih tinggi berbanding harga dengan menjualnya sendiri ke kedai kereta terpakai? Ini adalah kerana pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak myTukar sebelum kereta anda memasuki proses lelongan.

Terdapat 180 segmen atau bahagian pada kenderaan akan diperiksa oleh juruteknik kami yang mahir dan berpengalaman dalam bidang automotif. Justeru, para pembida yang berminat boleh mengetahui keadaan kereta anda berdasarkan markah yang diterima.

Ia berbeza jika anda membawa sendiri kereta ke pusat jualan kereta terpakai kerana keadaan kereta tersebut tidak dapat diteliti dan dinilai dengan tepat. Syarikat kereta terpakai itu juga turut mengundang kerugian sekiranya membeli kereta yang bermasalah. Siapa hendak rugi dalam perniagaan kan?  

Tags
Google ads
Back to top button