Buletin

FERRARI ROMA TERLEKAT CELAH BANGUNAN. KONFEM BERPELUH NI…

Pemandu sebuah Ferrari Roma berdepan pengalaman yang sukar dilupakan apabila kereta mahalnya itu tersangkut di antara dua buah bangunan di sebatang jalan yang sempit di Itali.

Tidak dapat dipastikan di manakah peristiwa itu berlaku, tetapi ia jelas menunjukkan jentera itu sudah tidak dapat bergerak. Itali sememangnya terkenal dengan jalan-jalan yang sempit di bandarnya. Mungkin pada asalnya pemandu itu beranggapan boleh lepas, tetapi malangnya laluan itu menjadi semakin sempit. 

Ferrari Roma mempunyai kelebaran 1,974mm, jauh lebih lebar berbanding kebanyakan kereta bandar kompak yang mudah ditemui di seluruh Itali. 

Dalam klip video yang dikongsi, pemandu itu nampaknya ingin meneruskan perjalanan. Seorang lelaki cuba membantu dengan melihat jarak kiri kanan kereta tersebut. Kemudian, seorang wanita muncul dari arah hadapan dan memberitahu bahawa kereta itu akan lepas. 

Jika dilihat kepada jarak kereta dengan dinding, agak mustahil ia tidak mengalami kerosakan. Paling kurang mesti ada calar pada badan dan rim. 

Google ads
Back to top button