Buletin

MYTUKAR AI MAMPU KESAN KECACATAN KERETA DAN KABURKAN PLAT KENDERAAN

myTukar Sdn Bhd, platform jual beli kenderaan terpakai di Malaysia baru-baru ini mengumumkan kejayaannya merintis penggunaan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta dan Pengaburan Plat Kenderaan berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) menerusi platform Amazon Web Services (AWS).

Pemilik teknologi pemeriksaan kenderaan berautonomi, myTukar AI, menggunakan algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin yang digerakkan oleh Amazon Rekognition dan Amazon Sagemaker.

Amazon Rekognition ialah platform perkhidmatan  visual digital berteraskan pengkomputeran awan  yang memudahkan penganalisaan imej dan video melalui teknologi pembelajaran mendalam (deep learning) yang terbukti dan berdaya tinggi.

Amazon Sagemaker pula merupakan perkhidmatan lengkap yang membolehkan pembangun teknologi dan sains data untuk membangun, melatih dan menggerakkan modul-modul pembelajaran mesin dengan lebih pantas. 

Sebagai perintis di Asia Tengggara, teknologi  myTukar AI mengautomasi dan mempiawai pemeriksaan kenderaan. Selain menggunakan AI untuk mengesan kecacatan kenderaan seperti kemek, calar, kemerosotan cat dan mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80 peratus.

myTukar AI yang kami laksanakan bukan sekadar mendigitalkan pasaran kenderaan terpakai, malah teknologi ini adalah bayangan  terhadap apa yang bakal berlaku terhadap industri automotif pada masa akan datang.

“Dengan perisian diagnosis diri melalui platform AWS seperti myTukar AI, pengalaman pelanggan dalam industri automotif boleh berubah secara radikal,” kata Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, Fong Hon Sum.

Ciri Pengaburan Plat Kenderaan dan Pengesanan Kecacatan Kenderaan myTukar AI mampu mengesan kecacatan kenderaan dalam masa hanya tiga saat. Sekali gus menjimatkan masa pemeriksaan sehingga 20 peratus, di samping melindungi privasi dan keselamatan pelanggan.  

Teknologi algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin ini mampu mengesan dengan pantas pelbagai jenis isu berkaitan pemasangan & kemasan, penjajaran panel, kerosakan, kemek, geseran dan calar.

Laporan pemeriksaan kenderaan yang tepat boleh dikeluarkan dalam beberapa saat, seterusnya meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi 2,000 pengedar berdaftar myTukar.

Teknologi myTukar AI  bakal diperkenalkan ke pasaran Carro Group Asia Tenggara melibatkan Singapura, Thailand dan Indonesia.

Ia selari dengan strategi Carro Group untuk sentiasa berkembang dan mendigitalkan dagangan kenderaan untuk rantau Asia Tenggara.

Google ads
Back to top button