
NAIB PRESIDEN REKA BENTUK FORD PUN NAK JUAL FORD GT. BOLEH UNTUNG LEBIH RM2 JUTA
Sebuah lagi model supercar Ford GT kini ditawarkan di pasaran terpakai di Amerika Syarikat. Kali ini, model tersebut lebih istimewa kerana dimiliki oleh Naib Presiden Reka Bentuk Ford, Moray Callum.
Jelas sekali, orang kanan Ford sendiri pun tidak boleh tahan dengan godaan peningkatan harga yang mampu diberikan oleh Ford GT berkenaan.
Pada Januari 2014, Callum dilantik untuk mengetuai pasukan reka bentuk Ford GT baharu.

Ketika menempah keretanya, dia memilih warna merah metalik dan pakej dalaman dengan kemasan berwarna putih pada tempat duduk serta papan pemuka.
Ford GT memang hadir dalam banyak warna terang, tetapi warna merah ini dapat menyerlahkan garis badan jentera itu dengan cemerlang. Penampilannya disempurnakan lagi dengan penggunan rim berwarna htam dan angkup brek tona perak.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi beberapa kemasan gentian karbon seperti splitter hadapan, skiring sisi dan peresap udara di belakang.

Jentera milik Callum yang memiliki jarak bertuan cuma 328km ialah model buatan tahun 2017 dan kini dijual menerusi laman web Canepa.
Ketika ia dibeli, harganya adalah sekitar AS$500,000 (RM2 juta), sekarang harga model terpakai Ford GT boleh mencecah lebih AS$1 juta (RM4 juta).
Ini jelas menunjukkan model berkenaan boleh menjadi satu bentuk pelaburan yang bagus untuk semua pemiliknya. Ramai yang pelik kenapa harga jualan semula Ford GT boleh jadi begitu tinggai.
Pada hal tidaklah power mana, cuma guna enjin V6 EcoBoost 3.5 liter pengecas berkembar berkuasa 647hp dan tork 746Nm sahaja.
- BACA: FORD GT TAHUN 2018 DIJUAL PADA HARGA RM5 JUTA. RAMAI KATA TAK BERBALOI
- BACA: TRUMP KATA MINAT FORD GT EDISI KARBON. TAPI BILA DENGAR HARGA RM3.3 JUTA, TAK JADI BELI
- BACA: TEMPOH PERJANJIAN TIDAK BOLEH JUAL SEMULA TAMAT. HARGA FORD GT TERUS MELAMBUNG
- BACA: FORD MUSTANG GT FASTBACK 4BBL TERBIAR 37 TAHUN AKHIRNYA DISELAMATKAN