Artikel Pilihan

PORSCHE HASILKAN BAHAN API ISTIMEWA, TANPA PEMBEBASAN ASAP KARBON DIOKSIDA

Kesatuan Eropah akan mula mengharamkan penjualan kereta dengan enjin pembakaran dalam dan Jepun akan mula mengikuti jejak langkah yang sama menjelang tahun 2030. Selain daripada Mazda yang percaya masih ada ruang untuk enjin pembakaran dalam ditambah baik, Porsche juga dilaporkan berminat dalam pembangunan enjin yang lebih bersih

Walaupun Porshe sudah mula memasarkan beberapa kereta elektrik seperti Taycan, Porsche dilaporkan akan bekerjasama dengan Siemens Energy dan juga Exxon Mobil bagi menghasilkan bahan api yang lebih bersih atau bahan api sintetik.

Dalam proses pembakaran bahan api, udara (oksigen) dan bahan api akan bergabung bagi menghasilkan tenaga haba, lebihan karbon yang akan membentuk gas karbon dioksida dan juga beberapa bahan lain. Tenaga haba yang dihasilkan dari pembakaran ini sebenarnya terhasil dari pembakaran unsur karbon.

Porsche, Siemens Energy dan Exxon berkata bahan api sintetik yang bakal dihasilkan oleh mereka membebaskan kuantiti gas karbon dioksida sama banyak dengan kuantiti gas karbon dioksida yang digunakan semasa proses penghasilannya. Sebagai contoh, bagi menghasilkan 100liter bahan api sintetik, proses yang dilakukan oleh mereka akan menyerap 100 meter padu gas karbon dioksida dari persekitaran

Bagi menghasilkan bahan api sintetik secara besar-besaran, Porsche dan Siemens Energy akan menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh kincir angin untuk memisahkan struktur molekul air (H2O) kepada gas hidrogen dan juga oksigen. Ia merupakan proses yang terbalik dari proses fuelcell yang digunakan oleh Toyota Mirai.

Gas hidrogen tadi akan digabungkan dengan gas karbon dioksida yang diserap dari persekitaran bagi membentuk sebatian metanol sintetik. Seterusnya Exxon akan menukarkan methanol sintetik ini menjadi petrol sintetik melalui teknologi yang diilhamkan oleh Exxon.

Satu projek pernitis di Chile yang memiliki aliran angin yang kuat untk kincir angin akan dibangunkan di sana. Fasiliti kilang ini mampu menghasilkan 130,000 liter bahan api sintetik menjelang tahun 2022 dan kapaisiti ini boleh ditingkatkan menjadi 10 kali ganda menjelang tahun 2026.

Bagi kami, inisiatif yang dibuat oleh Porsche dan Siemens Energy ini bagus sebenarnya. Bagi menghasilkan bahan api sintetik, mereka perlu menyerap karbon dioksida terlebih dahullu dari ekosistem. Sedikit sebanyak usaha yang dilakukan oleh mereka memperlahankan proses pembebasan gas karbon dioksida ke persekitan.

Google ads
"
"
Back to top button