FORD MUSTANG GT FASTBACK 4BBL TERBIAR 37 TAHUN AKHIRNYA DISELAMATKAN
Sebut sahaja jentera Ford Mustang pasti terbayang rekaan sporty, deruman enjin yang padu dan geng-geng MLM. Stang yang melalui evolusi muscle car dunia menjadi antara model pilihan penggemar kereta sport.
Siapa sangka sebuah Ford Mustang GT Fastback 4BBL yang merupakan antara model terawal dibiarkan tidak terjaga dan tersadai tidak bertuan.
Selama 37 tahun model kereta tahun 1965 itu menumpang kasih bersama barang buangan seperti tayar, kotak dan kerusi.
Bagaimanapun, penantian kereta didatangkan dengan enjin mid range V8 itu berakhir apabila ia diselamatkan penggemar kereta bernama Will Hurley.
Difahamkan, pada tahun 1965 hanya terdapat lima peratus keluaran model kereta berkenaan dilengkapi pakej kemasan dalaman Pony.
Ia termasuk stereng dan trim kabin dengan perincian kayu serta terdapat perkataan emboss “ponies” di bahagian belakang tempat duduk.
Selain itu, ia didatangkan bersama panel pintu mewah menampilkan hiasan keluli dan tombol Pistol Grip dan paparan instrumen lima dail menampilkan tekanan minyak serta tolok meter amp. – autoevolution
- BACA: MARI BERKENALAN DENGAN ENJIN FORD 2300 4 SILINDER. PILIHAN INFLUENCER DAN PENGGIAT MLM
- BACA: TRUMP KATA MINAT FORD GT EDISI KARBON. TAPI BILA DENGAR HARGA RM3.3 JUTA, TAK JADI BELI
- BACA: ANDA KINI BOLEH BELI FORD MUSTANG MACH 1 JOHN WICK. HARGA BERMULA RM712,400
- BACA: PEKERJA FORD AKHIRNYA BUKA MULUT. TRANSMISI KLAC BERKEMBAR POWERSHIFT MEMANG ADA MASALAH