NAZA ITALIA BUKAN LAGI PENGEDAR RASMI FERRARI BERMULA 8 APRIL. IDENTITI PENGEDAR BAHARU BELUM DIDEDAHKAN
Ferrari S.p.A. mengesahkan bahawa mereka tidak memperbaharui kontrak bersama Naza Italia yang dilantik sebagai pengedar rasmi Ferrari sejak tahun 2008.
Menurut laporan WapCar.my, penamatan kontrak antara Ferrari dan Naza Italia Sdn. Bhd. akan berkuat kuasa 8 April 2023.
“Naza Italia akan terus memberikan khidmat pelanggan untuk aktiviti jualan dan selepas jualan sehingga tarikh akhir,” kata jurucakap Ferrari Hab Timur Jauh & Timur Tengah, dalam balasan e-mel kepada WapCar.my
Walau bagaimanapun, setakat ini identiti pengedar baharu Ferrari masih tidak jelas, tetapi syarikat itu berkata pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan berkaitan, Naza Italia akan meneruskan pengedaran model jenama Maserati yang diberikan hak rasmi oleh Maserati S.p.A. pada 2009. Baru-baru ini, Naza Italia melancarkan Maserati Grecale untuk pasaran tempatan.
Maserati kini beroperasi secara bebas daripada Ferrari S.p.A. di bawah kumpulan Stellantis. Maka, penamatan kontrak bersama Ferrari tidak menjejaskan pengedaran Maserati di Malaysia.
Untuk rekod, sebelum in, Naza telah menghentikan perniagaannya dengan Chevrolet, Kia dan Peugeot.
Bagi perniagaan automotif kenderaan dua roda pula, Naza telah kehilangan hak pengedaran jenama Harley-Davidson, Vespa, Aprilia, Indian dan Victory. – WapCar
- BACA: NAZA ITALIA SUNTIK RM3.5 JUTA TAMPIL WAJAH BAHARU PUSAT PAMERAN FERRARI MALAYSIA
- BACA: MASERATI GRECALE GT HIBRID DEBUT DI MALAYSIA. 300HP/450NM, BERMULA RM598K
- BACA: MASERATI MC20 PERTAMA TIBA DI MALAYSIA. 3.0L NETTUNO TWIN-TURBO, 630PS, BERMULA RM1.07 JUTA
- BACA: FERRARI 296 GTB MASUK MALAYSIA. HARGA BERMULA RM1.23 JUTA