Buletin

NAZA ITALIA LANTIK AZWAN YAHAYA SEBAGAI COO BAHARU

Naza Italia, pengedar tunggal Maserati di Malaysia, secara rasmi mengumumkan perlantikan Azwan Yahaya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baru mereka.

Menurutnya, pengalaman berharga selama dua dekad dalam industri automotif menjadikannya calon ideal untuk memegang peranan ini.

Azwan Yahaya memulakan penglibatannya dengan Maserati Malaysia selepas memegang pelbagai jawatan penting bersama jenama kereta Jerman terkemuka, menunjukkan kecekapan dalam pengurusan strategik dan operasi yang cemerlang.

Perlantikan Azwan sebagai COO Maserati Malaysia juga menandakan kepercayaan syarikat terhadap kemahiran kepimpinan dan visinya yang jelas dalam memacu kecemerlangan dan pertumbuhan.

Sebagai COO Maserati Malaysia, Azwan akan memainkan peranan penting dalam membimbing syarikat ke arah pencapaian kejayaan yang berterusan dan kepemimpinannya menjadi kunci dalam meneruskan visi serta objektif Maserati di pasaran Malaysia.

Acara sulungnya sebagai COO, pelancaran GranTurismo pada 6 Mac 2024, menandakan permulaan perkhidmatannya bersama Maserati Malaysia.

Perlantikan Azwan Yahaya sebagai COO Naza Italia menandakan komitmen syarikat untuk terus memperkuat prestasi dan kehadiran Maserati di pasaran Malaysia, serta memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri automotif negara.

Google ads
Back to top button