Buletin

NAZA ITALIA SUNTIK RM3.5 JUTA TAMPIL WAJAH BAHARU PUSAT PAMERAN FERRARI MALAYSIA

Naza Italia selaku pengimport dan pengedar Ferrari di Malaysia memperlihatkan wajah baharu Pusat Pameran Ferrari di Petaling Jaya, Selangor.

Pelaburan sebanyak RM3.5 juta disuntik dalam proses renovasi dan pengubahsuaian sekali gus menjadi pusat pameran pertama di Asia Tenggara yang membawa identiti korporat terbaharu dari Ferrari.

Pusat pameran dua tingkat berkeluasan kira-kira 11,900 kaki persegi itu dibuka secara rasmi serentak pelancaran jentera supercar plug-in hybrid Ferrari SF90.

Ia mampu menempatkan sehingga 7 unit supercar pada satu-satu masa. Bahagian bawah merupakan ruang pameran utama yang menempatkan model Ferrari terkini.

Ruang khas pelanggan turut disediakan di tingkat ini dengan dilengkapi bar kopi serba mewah dan selesa.

Bagi mereka yang gemar menyelami sejarah pengeluar Itali ini, terdapat sudut sejarah, legasi dan evolusi jenama Ferrari.

Selain itu, rentetan sejarah pencapaian Naza Italia sebagai pengedar tunggal jenama Ferrari semenjak 11 tahun lalu di negara dapat dilihat dalam ruang pameran ini.

Di aras pertama, ia menempatkan program kenderaan pra-milik Ferrari Approved, di mana setiap kenderaan pra-milik yang dipamerkan telah menjalani pemeriksaan terperinci sebanyak 190 langkah sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Ia bagi memastikan mereka menerima sebuah Ferrari dengan kondisi bertaraf dunia.

Ruang pejabat, serta ruang konsultasi khusus untuk para pelanggan turut disediakan di aras ini.

Pusat pameran wajah baharu ini dibuka pada hari Isnin sehingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Waktu operasi pada hari Sabtu bermula pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang manakala hari Ahad dan cuti umum perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Untuk keterangan lanjut berhubung Ferrari Malaysia boleh melayari www.facebook.com/ferrarimalaysia.nazaitalia atau Instagram @ferrari.malaysia.

Google ads
Back to top button