KOMOCO CARS BAKAL JADI PENGEDAR RASMI FERRARI MALAYSIA
Persoalan mengenai pengedar baharu Ferrari di Malaysia bakal terjawab dalam masa terdekat apabila terdapat laporan bahawa Komoco Cars, dimiliki oleh jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng akan mengambil alih.
Menurut www.dsf.my, dokumen antara kedua-dua pihak ditandatangani pada minggu ini dan bilik pameran Ferrari Malaysia serba baharu itu akan terletak di Glenmarie.
Turut dinyatakan dalam laporan tersebut ialah pengumuman rasmi dijangka dibuat pada hari Sabtu, merangkumi semua maklumat termasuk lokasi serta tarikh operasi bermula.
Ferrari bagaimanapun tidak mengulas mengenai khabar angin atau spekulasi. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa yang ditetapkan, katanya ketika merespon e-mel daripada New Straits Times (NST).
NST sebelum ini melaporkan, Ong dan cabang automotif Sime Darby Bhd mengetuai perlumbaan untuk menjadi pengedar baharu Ferrari selepas pembuat kereta sukan Itali itu menamatkan perkongsiannya dengan unit Naza Group Naza Italia.
Perkembangan berkaitan, Naza Group terus kekal menjual kenderaan Maserati di Malaysia.
Untuk rekod, Maserati berada di bawah Kumpulan Stellantis dan tiada kaitan dengan Ferrari sejak 2021. – New Straits Times
- BACA: PLASTIC CLADDING PADA FERRARI PURASANGUE INI ADA FUNGSI ISTIMEWA
- BACA: ENJIN FERRARI FXX INI BOLEH DIBELI BARU, SEGAR DARI KILANG
- BACA: FERRARI DISERANG HACKERS TETAPI TIDAK AKAN MELAYAN PERMINTAAN MEREKA – KAU FIKIR KAU SIAPA
- BACA: FERRARI PANGGIL KEMBALI 13 SF90 – MASALAH BEG UDARA PENUMPANG JEJAS KERUSI KANAK-KANAK