
SEGALANYA TENTANG HYUNDAI KONA EV 2023. 10 PERKARA YANG KITA TAHU SETAKAT INI
Hyundai Kona EV merupakan sebuah model yang asalnya dibangunkan sebagai sebu model dengan enjin pembakaran dalam tapi diberikan beberpa pilihan enjin lain termasuklah hibrid, plug in hybrid dan juga elektrik sepenuhnya.
Bagi tahun 2023, model baru telah diperkenalkan pada akhir tahun 2022 dengan beberapa pembaharuan yang menarik.
1. Lebih besar – panjang keseluruhan menjadi 4355mm, lebar 1825mm dan tinggi 1575mm. Paling ketara ialah jarak antara roda menjadi 2660mm iaitu bertambah sebanyak 60mm
Ini menjadikan ruang dalaman Hyundai Kona EV 2023 menjadi lebih besar dengan ruang kepala bertambah 9mm, ruang kaki belakang bertambah 31mm dan ruang kargo telah dinaikkan kepada 466liter (sebelum ini 332 liter).
2. Rekaan lebih menarik – mengetengahkan rekaan baru yang dinamakan sebagai “parametrix pixel design” yang hanya ditemui pada rekaan kereta elektrik Hyundai sahaja. Antara elemen menarik yang diketengahkan termasuklah Pixelated Seamless Horizon Lamp pada bahagian depan dan belakang sama seperti yang digunakan pada model Staria
3. Platform- tidak menggunakan platform e-GMP electric yang digunakan pada model Ionic, sebaliknya menggunakan rekaan sistem 400V sama seperti model lama. Kona akan dikeluarkan sebagai model EV dahulu dan diikuti dengan model enjin petrol
4. Motor lebih berkuasa – ada 2 pilihan motor yang ditawarkan samaada 154 kuasa kuda dengan 255Nm tork ataupun 215 kuasa kuda dengan 255Nm tork. Varian Standard Range ditawarkan dengan bateri sebesar 48.4kWh dan 154 kuasa kuda. Jarak perjalanan adalah 342km mengukit standard WLTP

Bagi varian Long Range ia diberikan dengan bateri 65.4kWh yang boleh dipandu sejauh 490km untuk satu pengecasan penuh. Setakat ini tiada maklumat bateri yang digunakan melainkan Lithium Ion Polymer
5. Masa pengecasan – disebabkan menggunakan platform 400 volt, masa pengecasan Kona EV 2023 dasri 10% ke 80% dibuat dalam masa 41 minit. Sebagai perbandingan Hyundai Ionic yang menggunakan plartform e-GMP 800 volt hanya mengambil masa 18 minit sahaja
6. Sama seperti rekaan Hyundai Kona sebelum ini, Kona EV 2023 mengekalkan rekaan lama iaitu ringkas, lebih kemas dan moden. Suis gear dibahagian tengah digantikan dengan ruang meletak minuman dan gear digantikan dengan penukar gear di belakang stering. Sistem audio pula disambungkan dengan 8 pembesar suara BOSE
7. Teknologi baru – antara ciri baru yang diperkenalkan termasuklah Digital Key 2 Touch yang menggunakan sambungan NFC pada telefon atau jam tangan pintar untuk menghidupkan kereta, pemanduan satu pedal, over the air software update, dan electronic Active Sound bagi menghasilkan bunyi untuk pejalan kaki
8. Hyundai SmartSense- Hyundai Kona EV 2023 turut diberikan ciri terbaru sistem keselamtan aktif seperti Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Blind-spot View Monitor (BVM), Remote Smart Parking Assist (RSPA), Driver Status Monitor (DSM), dan Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
Ia juga turut dipakejkan dengan Intelligent Speed Limit Assist (ISLA), Driver Attention Warning (DAW), High Beam Assist (HBA), Parking Collision-Avoidance Assist (PCA), Surround View Monitor (SVM) and Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA).

9. Warna – Hyundai turut menawarkan pelbagai pilihan warna menarik dalam barisan Kona EV seperti Abyss Black Pearl, Atlas White, Serenity White Pearl, Shimmering Silver Metallic, Cyber Gray Metallic, Ecotronic Gray Pearl, Ecotronic Gray Matte, Engine Red, Ultimate Red Metallic, Soultronic Orange Pearl, Jupiter Orange Metallic, Neoteric Yellow, Mirage Green, Amazon Gray Metallic, Cypress Green Pearl, Meta Blue Pearl, Denim Blue Pearl, Denim Blue Matte and Sailing Blue Pearl.
10. Harga – disebabkan masih menggunakan rekaan platform 400 volt, maka kita boleh jangkakan yang Kona EV 2023 masih lagi menawarkan harga kompetitif berbanding dengan model mahal lain seperti Ioniq. Sebagai perbandingan Kona EV e Max ditawarkan pada harga RM 208,348