
ITAL AUTO RASMI DILANTIK PENGEDAR BAHARU FERRARI DI MALAYSIA
Selepas hubungan kerjasama antara Ferrari dan Kumpulan Naza berakhir pada April lalu, kini Ital Auto Malaysia Sdn Bhd secara rasmi dilantik sebagai pengimport sah jenama kereta sport mewah itu bermula 5 Mei 2023.
Ital Auto Malaysia ialah anak syarikat Ital Auto Pte Ltd, pengimport sah jenama Ferrari di Singapura sejak tahun 2009.
Ital Auto merupakan sebahagian daripada Kumpulan Komoco yang mengendalikan beberapa francais jenama kereta seperti Maserati, Alfa Romeo, Jeep dan Hyundai di republik berkenaan.

Hasil kerjasama baharu ini, Ital Auto Malaysia bakal memberi tumpuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan Ferrari di Malaysia.
Menurut kenyataan Ital Auto, deposit serta tempahan pelanggan semasa Naza Italia untuk kenderaan Ferrari akan dipindahkan kepada Ital Auto bagi memastikan kesinambungan dan permulaan operasi yang lancar.
Dalam perkembangan berkaitan, bilik pameran Ital Auto masih dalam proses pembinaan. Ia hanya akan beroperasi menjelang Jun 2023 di Glenmarie, manakala bilik pameran di Interim City dijangka siap pada Ogos 2023.
- BACA: NAZA SAHKAN BAKAL BERPISAH DENGAN FERRARI. KETIDAKSERASIAN STRATEGI BISNES JADI PUNCA
- BACA: NAZA ITALIA BUKAN LAGI PENGEDAR RASMI FERRARI BERMULA 8 APRIL. IDENTITI PENGEDAR BAHARU BELUM DIDEDAHKAN
- BACA: KOMOCO CARS BAKAL JADI PENGEDAR RASMI FERRARI MALAYSIA
- BACA: PENGALAMAN RASAI DUNIA SEBENAR FERRARI DALAM MASA 45 MINIT







