Buletin

JUTAWAN PALSU KAUT UNTUNG ATAS ANGIN JUAL SLOT FERRARI MONZA SP1

Seorang jutawan terkenal ditangkap oleh FBI atas tuduhan menipu. Berita itu tersebar luas dan kini menjadi salah satu berita yang paling banyak dibincangkan di internet.

Nama jutawan tersebut adalah Daniel Lesin, berusia 24 tahun, didakwa melakukan penipuan siber, salah guna data selain mereka plot jenayahnya.

Piihak berkuasa Amerika Syarikat kini dikatakan sedang meningkatkan usaha untuk menangkap mereka yang melakukan jenayah seperti ini. Jenayah kewangan kini dikategorikan sebagai kesalahan kelas pertengahan dan memperuntukkan hukuman berat bagi semua yang terlibat.

Lesin dilapor memiliki banyak kereta mahal seperti Porsche 918, Ferrari Monza dan McClaren, selain selalu bermegah tentang kemewahan keluarganya. Pada awalnya, Lesin secara tidak disangka-sangka memasuki acara supercar New Jersey, serta menjadikan dirinya sebagai tunjang utama dalam pelbagai acara berprofil tinggi.

Lesin menegaskan bahawa bapanya ialah seorang oligarki syarikat jam tangan yang menyokong minatnya terhadap kereta.

Apabila tempahan untuk Ferrari Monza SP1 dan SP2 dibuka pada 2018 untuk pelanggan bertuah, di situlah bermulanya skim jenayah terancang Lesin. Apabila terdapat pelanggan yang tidak berada dalam senarai tersebut, tetapi mahu memiliki jentera tersebut, mereka sanggup untuk membayar Lesin untuk memenuhi kehendak dan percaya lelaki itu akan menjual slot miliknya.

Pada 2 Jun lalu, FBI menahan Lesin dan didakwa kerana melakukan penipuan lebih AS$3 juta (RM14 juta) dengan menjual slot Ferrari Monza SP yang bukan miliknya. Rob Ferretti, pencipta siri “Super Speeders”, telah didatangi oleh ibu bapa Lesin untuk mendapatkan bantuan untuk menjami anak mereka.

Lesin bukanlah orang kaya seperti yang didakwa. Namun, orang ramai terpedaya dengan kehidupan mewahnya dan membolehkan dia membuat penipuan semudah itu.

Sementara menunggu perbicaraan atas empat tuduhan yang akan bermula pada 26 September, Lesin kini berada dalam tahanan FBI. Hukuman maksimum bagi kes penipuan seperti ini ialah 20 tahun penjara, denda AS$250,000 (RM1.1 juta) dan perlu membayar wang yang ditipu daripada mangsa.

Google ads
Back to top button