Buletin

FERRARI TUTUP TEMPAHAN PUROSANGUE, TEMPOH MENUNGGU KINI DUA TAHUN

Ferrari nampaknya terpaksa menutup sementara tempahan bagi model Purosangue buat masa ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ketua pegawai pemasaran dan komersial Ferrari, Enrico Galliera yang memaklumkan model SUV itu telah pun habis dijual untuk tempoh dua tahun akan datang.

Bercakap kepada Drive, “Ia bukanlah satu rahsia di mana kami telah pun menghentikan pengambilan tempahan. Kami telah membuat keputusan yang selari dengan kedudukan Ferrari dan model (Purosangue) itu.

Ferrari boleh saja meningkatkan kapasiti produksi, namun pengeluar itu tetap mahukan produksi Purosangue tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah output tahunan mereka.

Ini bermakna, jika Ferrari mampu menghasilkan 15,000 unit kenderaan setahun, hanya 2,200 hingga 3,000 Purosangue sahaja yang akan dibina setiap tahun, sekaligus menjadikannya jauh lebih terhad berbanding pesaing Lamborghini Urus telah sudah terjual sebanyak 5,021 unit pada tahun lepas. – Drive

Google ads
Back to top button