Buletin

PINJAM LAFERRARI DEMI CONTENT, INFLUENCER ‘TERDUDUK’ SELEPAS TERLANGGAR PLATFORM, KOS BAIKI CECAH RM195K!

Demi konten, ada sesetengah orang sanggup melakukan apa sahaja. Ada pelbagai sisi baik dan buruknya. Begitu juga dengan kesan setelah memuat naik konten tersebut di platform media terutama yang menunjukkan kemewahan.

Di China, seorang influencer bernama Hua Zi, telah merosakkan bahagian tepi sebuah hypercar Ferrari LaFerrari yang dipinjamnya semasa keluar dari tempat letak kereta.

Ferrari LaFerrari merupakan model hypercar hibrid keluaran terhad iaitu sebanyak 499 unit sahaja di dunia. Ia dikuasakan oleh enjin aspirasi 6.3L V12 yang dipadankan dengan motor elektrik dan mampu menghambur kuasa 950hp.

Insiden itu berlaku apabila Hua Zi telah melanggar plaform di sebelah kanan hingga menyebabkan bahagian badan kereta pecah, selain rim tayar tersangkut pada bucu platform.

Setelah keluar dari kereta dan melihat kerosakkan yang terdapat pada hypercar tersebut, dia hanya terduduk sambil ditenangkan orang ramai. Hua Zi kemudiannya menghubungi pemilik Ferrari LaFerrari untuk menjelaskan insiden itu.

Menerusi video yang tular, Hua Zi, bersama seorang gadis di sebelahnya, pada awalnya dilihat menjawab beberapa soalan daripada perakam video sebelum menghidupkan enjin dan keluar dari tempat letak kereta.

Gadis tersebut merupakan pelakon untuk video konten dan Hua Zi berjanji akan membayar sebanyak RM3,200 sebagai token, meskipun rakaman konten video itu gagal.

Dengan nilai terkini kereta LaFerrari edisi terhad itu berharga RM18.5 juta, sudah tentu kos pembaikan akan membuatkan Hua Zi botak kepala.

Menurut Portal Setn.com, kos baik pulih kenderaan itu ialah kira-kira RM195,243 dan anggaran kerugian susut nilai sebanyak RM1.3 juta.

Walau bagaimanapun, Hua Zi boleh menarik nafas lega apabila pemilik kereta hypercar tersebut hanya meminta dia membayar kos pembaikan kerosakan yang dibuatnya sahaja. – World of Buzz

Google ads
Back to top button