Buletin

EV PRIMUS BAKAL CKD EV SERES 5 DAN SERES 3 DI THAILAND MULAI 2023

Langkah Thailand untuk memacu pertumbuhan pasaran kenderaan elektrifikasi menyaksikan beberapa insentif diumumkan. Antaranya pengecualian cukai yang bertujuan menggalakkan pengeluaran tempatan dan penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Insentif kewangan ini mendorong beberapa syarikat untuk melabur dalam pembuatan EV di peringkat domestik.

Terbaru, EV Primus yang merupakan pengimport dan pengedar kenderaan Dongfeng Sokon Automobile (DFSK) pengumuman rancangan untuk melakukan program CKD EV di Thailand mulai September tahun depan.

EV Primus yang baru-baru ini memperkenalkan Volt City EV telah melabur sebanyak 400 juta baht (RM50.4 juta) untuk membina sebuah kilang EV di Kawasan Perindustrian Gateway City di Chachoengsao. Syarikat itu juga sedang mendapatkan sokongan pelaburan daripada lembaga pelaburan Thailand (BoI).

Meskipun model yang bakal dijual di pasaran tempatan tidak didedahkan, tetapi program CKD dijangka melibatkan SUV elektrik Dongfeng Seres 5 dan Seres 3, dimana kedua-duanya akan diperkenalkan di Thailand pada tahun ini.

Seres 5 boleh didapati dengan dua rangkaian kuasa elektrik iaitu motor tunggal pada gandar belakang berkuasa 347 PS dan tork 520 Nm yang menggunakan pek bateri lithium-ion 88kWh. Manakala varian kedua ialah versi dwi-motor dengan pilihan sistem pacuan semua roda (AWD).

Selain pengecasan AC Type 2 berkapasiti 11kW, jentera berkenaan turut menyokong pengecasan DC sehingga 100kW. Ini membolehkan pengecasan dari 0-80% SoC boleh dicapai dalam masa cuma 30 minit. Caj penuh menawarkan jarak sejauh 500km mengikut protokol NEDC atau 430km berdasarkan kepada pengiraan WLTP.

Bagi Seres 3 (dikenali sebagai Glory E3 di China), ia dilengkapi motor elektrik tunggal berkuasa 120 kW (163 PS, tork 300 Nm) yang menggerakkan roda hadapan melalui transmisi satu kelajuan. Bateri 52.56kWj itu mampu menawarkan jarak sehingga 405 km dengan sekali cas. Ia akan mengambil masa kira-kira lapan jam untuk dicas semula melalui soket rumah dan 30 minit daripada 20 hingga 80 peratus SoC jika menggunakan pengecas pantas DC.

Dua konfigurasi gaya badan berbeza (dua dan empat pintu) tersedia untuk Volt City EV dan hadir dalam dua spesifikasi iaitu Klasik dan Premium. Harga bermula dari 325,000 baht (RM40,212) untuk Classic dua pintu dan 355,000 baht (RM43,924) untuk Premium dua pintu.

Google ads
Back to top button