" "
Advertorial

SUDAH DIUJI: TAYAR GOODYEAR ASSURANCE COMFORTTRED. SENYAP BETUL DENGAN TEKNOLOGI ANX, SAIZ 16-19 INCI, SESUAI UNTUK SEDAN PREMIUM!

Hujung tahun lalu, saya membuat keputusan untuk menjual SUV segmen D Mazda CX-8 selepas menggunakannya  selama tiga tahun. 

Sebenarnya, saya sudah agak lama berminat untuk memiliki sebuah kenderaan lebih kecil dan kena dengan jiwa. Akhirnya, saya memilih untuk membeli sebuah Toyota Corolla Sport spec GZ yang merupakan unit reconditioned dari Jepun. 

Setelah menunggu hampir dua bulan, kereta itu sampai ke tangan saya. Pertama kali melihatnya, memang kagum dengan cara orang Jepun menjaga kereta. Walaupun sudah berusia tiga tahun (buatan tahun 2019), ia kelihatan seperti sebuah kereta baharu jika diteliti dari luar atau ruang dalamannya. Bau pun masih ada bau kedai!

Tayar yang didatangkan dengan rim original bersaiz 18 inci itu juga nampak langsung tidak luak. Bunganya masih tebal dan tidak ada tanda ia mengalami sebarang masalah sama ada bengkak atau sebagainya. 

Biarpun begitu, selepas memandu beberapa ketika ada satu isu yang saya perasan tentang tayar tersebut. Ya, ia sangat bising terutama ketika melalui jalan tidak rata. Aspek cengkamannya juga kurang baik, apatah lagi kalau terpaksa memandu dalam cuaca hujan. 

Keadaan itu mungkin kerana tayar tersebut sudah keras dan tidak lagi dapat memberi prestasi seperti sepatutnya. Atau mungkin juga ia kurang sesuai digunakan di Malaysia yang cuacanya jauh berbeza dengan iklim empat musim di Jepun. Satu lagi perkara yang saya perasan, tayar bersaiz 225/40/18 itu kelihatan sedikit kecil apabila dipasang pada rim berkenaan.  

Jadi, tanpa ada pilihan saya perlu menukar tayar tersebut dengan tayar yang lebih baik dan baharu. Survey punya survey, tayar yang menjadi pilihan hati ialah Goodyear Assurance ComfortTred yang dilancarkan oleh Goodyear Malaysia pada November tahun lalu. 

Dengan tagline Serenity Redefined, saya mengharapkan tayar tersebut mampu memberikan tahap kesenyapan yang baik. Memang betul, selepas dipasang, tayar berkenaan mampu membuatkan kabin rasa jauh lebih senyap berbanding tayar lama. 

Perkara itu banyak disumbangkan oleh teknologi ANX yang mempunyai lapisan pembatalan bunyi bising dan getaran di dalam tayar.

Penebat kukuh yang menghalang bunyi golekan dan reka bentuk bunga yang lebih rapat berfungsi menghasilkan daya impak yang lebih rendah, seterusnya meningkatkan prestasi pengurangan bunyi, termasuklah apabila melalui jalan basah. 

Seperti biasa, tayar terbaharu Goodyear itu juga cemerlang dalam aspek cengkaman di atas jalan basah dan mampu menawarkan jarak membrek yang lebih pendek. Ia nyata sangat sesuai apatah lagi sewaktu negara kini sering dilanda hujan lebat tanpa mengira masa. 

Kompaun bunga tayar generasi baharu ini menampilkan jumlah silika dan resin yang tinggi untuk cengkaman tambahan yang menyediakan peningkatan modulasi kepada permukaan jalan, seterusnya memberikan sentuhan jalan dan pemindahan air yang lebih baik.

Apa yang pasti, tayar itu memberi lebih keyakinan ketika memandu sama ada untuk berulang-alik ke tempat kerja, mahupun perlu menempuh perjalanan jauh pulang ke kampung halaman.  

Satu perkara bonus apabila saya memasang Goodyear Assurance ComfortTred ialah ia nampak lebih gemuk dan penuh sebaik sahaja dipasang pada rim yang baru dibeli. Berbeza dengan saiz tayar lama, saya kini menggunakan tayar bersaiz 225/45R18 yang sedikit lebar. 

Satu lagi perkara yang anda harus tahu ialah Goodyear Assurance ComfortTred sesuai digunakan pada sedan premium seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi, Lexus dan sebagainya.  

Jika berminat, tayar itu hadir dalam saiz 16 hingga 19 inci dan ditawarkan pada harga bermula RM420 hingga RM860 seunit. Lebih menarik lagi, setiap pembelian tayar Goodyear didatangkan dengan  jaminan Goodyear Worry Free Assurance (WFA). 

Tanpa memerlukan pembelian minimum, program tersebut menawarkan tiga faedah kepada pelanggan. Pertama, jaminan Road Hazard selama setahun bermula tarikh pembelian.

Jadi, Sekiranya tayar mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki berpunca akibat lubang dan/atau objek tajam kesan ketika pemanduan dalam keadaan biasa, pelanggan layak untuk menerima penukaran 1-to-1 secara percuma. 

Namun, untuk layak tayar mestilah mempunyai kedalaman bunga pada 5.0mm atau lebih. Ciri baharu itu merupakan lanjutan daripada WFA terdahulu yang menawarkan 6 bulan perlindungan dengan kedalaman bunga tayar minimum 6.0mm.

Kedua, pemeriksaan tayar secara percuma sebanyak dua kali. Pelanggan boleh berkunjung semula ke bengkel Goodyear Autocare di mana mereka membeli tayar untuk menikmati dua pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma pada bulan keenam dan ke-12 dari tarikh pembelian.

Ketiga, jaminan selama lima tahun. Goodyear Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini terma dan syarat di mana jaminan terhad selama lima tahun akan bermula dari tarikh pembelian seperti yang dinyatakan dalam invois asal dan bukannya dari tarikh pembuatan tayar. Namun, jika tiada invois asal, jaminan terhad ini akan bermula dari tarikh pembuatan. 

Di bawah jaminan itu, Goodyear akan memberi perlindungan kepada ketidaksempurnaan pembuatan sama ada dari segi mutu kerja atau bahan-bahan yang digunakan. 

Tunggu apa lagi? Beralihlah kepada tayar Goodyear Assurance ComfortTred hari ini!

GALERI

Google ads
Back to top button