
HARTA, TAKHTA DAN DUCATI – CATAT REKOD KEUNTUNGAN LEBIH RM4.7 BILION
Setelah memenangi semua gelaran dalam MotoGP dan WorldSBK, Ducati sekali lagi mencipta kejayaan apabila mencatat rekod angka jualan, hasil serta keuntungan operasi melebihi AS$1.1 bilion (RM4.7 bilion), pertama kali dalam sejarah.
Rekod itu menyaksikan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2021, AS$925 juta (RM4.1 bilion). Keuntungan dari segi operasi juga meningkat 77 peratus, mencatat AS$116 juta (RM519 juta) sekaligus membolehkan Ducati memperolehi margin sehingga 10 peratus.
Dari segi komersial, Ducati telah menjual 61,562 unit motosikal pada tahun lalu, dibantu oleh pasaran baharu dari 821 pengedar di Brunei, Ecuador, El Salvador dan Mongolia.

Tidak berhenti di situ, Ducati juga memperkenalkan lapan model baharu untuk ditawarkan kepada peminat dua roda.
Antara model paling dinanti-nantikan pastinya Multistrada V4 Rally dan Diavel V4 baharu, model yang memenangi anugerah “Most Beautiful Bike of the Show” di EICMA. Ducati turut menawarkan Scrambler Ducati baharu.
Untuk rekod, bermula dari 2023 hingga 2026, Ducati akan menjadi pembekal tunggal motosikal untuk saingan FIM Enel MotoE™ World Championship yang bermula secara rasmi pada 13 Mei 2023 di Grand Prix Perancis.
Dalam perkembangan berkaitan, Ducati bersiap sedia dengan dunia serba pantas yang sedang beralih kepada elektrifikasi. Ducati kini merancang untuk mengkaji secara menyeluruh penggunaan teknologi baharu di masa depan selain membentuk kepakaran.
- BACA: DUCATI CATAT REKOD 2022, JUALAN LEBIH 60 RIBU, MULTISTRADA PALING LAKU!
- BACA: DUCATI DESERTX KINI DI MALAYSIA. ENJIN V-TWIN TESTASTRETTA 937CC, 110HP, BERMULA RM112K
- BACA: RAI KEJAYAAN MOTOGP DAN WORLDSBK, DUCATI BINA PANIGALE V4 DAN PANIGALE V4 R ISTIMEWA. TERHAD 260 UNIT SETIAP SATU
- BACA: DUCATI PERKENAL STREETFIGHTER 2023, V4, V4 S DAN V4 SP2 SEKALIGUS!









