Buletin

NISSAN GT-R R33, R34 & GT-R R35 DI ETCM JALAN RAJA LAUT

Sempena tema sukan bermotor, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini menganjurkan Pameran Warisan GT-R di biik pameran ETCM di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Nissan-GT-R-Heritage-mekanika (1)

Pameran yang bermula semalam hingga 2 Oktober depan itu menampilkan tiga model lagenda Nissan Skyline GT-R R33, R34 dan GT-R R35. Sedia maklum bahawa GT-R sememangnya menjadi model penting yang membuktikan keupayaan Nissan mengasilkan jentera berkuasa tinggi.

Apa yang menariknya pameran ini? Anda boleh melihat secara dekat salah sebuah daripada 250 unit terhad Nissan Skyline GT-R R34 M-Spec Nur (apesal nama macam awek pulak ni?). Kalau  nak tahu, model Nur ini dibina dan direka untuk meraikan kejayaan Nissan GT-R R34.

Nissan-Skyline-GT-R-R33-mekanika (2)

Sedikit sejarah tentang GT-R. Model Skyline pertama, 2000GT direka dan dibina pada tahun 1964 oleh Prince Motor Company sebelum ia diambil alih oleh Nissan dua tahun kemudian.

Pada September 1972, 1972 Nissan Skyline H/T 2000 GT-R C110 melakukan debut di dengan panggilan GT-R  dan dilancarkan Januari tahun seterusnya. Selepas 16 tahun atau lebih tepat lagi pada tahun 1989, nama GT-R sekali lagi diperkenalkan menerusi Skyline generasi kelapan iaitu Nissan Skyline GT-R R32.

Nissan-Skyline-GT-R-R33-mekanika (1)

Nissan Skyline GT-R R32 menampilkan enjin enam silinder sebaris, DOHC, RB26DETT yang kemudian memenangi banyak perlumbaan Kejohanan Seluruh Jepun.

Generasi kesembilan, Nissan Skyline GT-R R33 meneruskan popularity GT-R apabila dilancarkan pada Januari 1995. Bersaing di perlumbaan Le Mans, jentera itu berjaya mencatat kedudukan ke-10 keseluruhan dan kelima dalam kelasnya pada tahun pertama menerusi jentera yang dibina khas  NISMO GT-R LM.

Nissan-Skyline-GT-R-R34-mekanika (2)

Menjadi antara jentera GT-R paling popular, Nissan Skyline GT-R R34 mencatat sejarah apabila memenangi Kejohanan All Japan Grand Touring Car buat kali pertama pada tahun 1999. Ia memenangi tiga lagi gelaran sebelum ‘bersara’ pada tahun 2002 dan menjadi produksi terakhir siri Skyline GT-R.

Nissan GT-R R35 kemudian melakukan debut pada Tokyo Motor Show 2007 dengan enjin V6 VR38DETT serba baharu. Enjin berkuasa 315hp yang dipadankan dengan kotak gear berkembar GR6 enam kelajuan itu membolekannya menjuarai Kejohanan SUPER GT GT500 untuk dua tahun berturut-turut.

ETCM-Passion-to-Win-Campaign-mekanika (1)

Selain pameran GT-R tersebut, ETCM mengambil kesempatan untuk mengadakan satu majlis penyampaian hadiah ringkas buat para pemenang kempen “Passion to Win”. Kavitha A/P Rajamanikam, 35, yang membeli sebuah Nissan Almera 1.5E AT dipilih sebagai pemenang wilayah tengah.

Pemenang-pemenang lain termasuklah Jefery Fernandez A/L Freddy yang membeli sebuah Nissan Almera 15E AT. Rossuriana Binti Busu membeli sebuah Nissan X-Trail 2.0L. Wong Yun Kang (Serena S-Hybrid) dan Chua Yew Kwang (Nissan X-Trail 2.5L). Manakala Ong E-Laine pulang memenangi peraduan melengkapkan keterangan gambar “Passion to Win” di laman Facebook.

Kempen itu membolehkan para pemenang berpeluang menyaksikan perlumbaan Pusingan 7 Super GT 2016 dengan semua perbelanjaan ditanggung. Bawa badan sahaja, untunglah…

Google ads
Back to top button