Motosikal

SENJATA RAHSIA BATMAN, BAKAL TEWASKAN SEMUA ADIWIRA MARVEL

Bila kita sebut motosikal, kita akan terbayang sejenis kenderaan dengan dua roda walaupun kini ada yang menggunakan tiga roda seperti Aprilia Fuoco. Kini BMW menunjukkan model konsep terbaru mereka yang cukup aneh dengan yang cuma menampakkan satu tayar di belakang. Bahagian tayar dan penyerap hentak hadapan dilindungi sepenuhnya dengan fairing dan kelihatan cukup rendah seperti sebuah supercar.

Ini bukan pengganti kepada HP4 tetapi mana tahu jika satu hari nanti ia akan menggantikan HP4 sebagai model sports paling laju BMW. Motosikal konsep BMW ini belum mempunyai nama tetapi diberi gelaran Titan dan ia merupakan rekaan pereka terkenal dari Turki, Mehmet Erdem. Beliau setakat sudah mencipta sekurang-kurangnya tujuh buah model ko

Sekali imbas ia kelihatan seperti seekor ikan jerung, dengan bahagian tayar belakang kelihatan seperti ekornya, lengkap dengan sirip-sirip di bahagian tepi. Walaupun mempunyai rekaan yang sebegini agresif, tempat duduknya masih diperbuat daripada kulit untuk keselesaan penunggang supaya tidaklah seksa sangat sewaktu melayang di atas jalan raya.

bmw titan batman (2)

Dilihat dari dekat dengan rekaannya yang pelik lagi futuristik, tidak keterlaluan jika dikatakan motosikal ini mendapat idea daripada motosikal dari filem Batman, yang dinamakan Batpod. Malah posisi ‘menunggangnya’ juga dilihat agak sama (Kami rasa bukan menunggang tapi meniarap).

Kalau kenderaan ini berjaya dipasarkan tidak mustahil ia akan dipilih sebagai salah satu kenderaan milik Bruce Wayne. Posisi tunggangan yang radikal ini menjadikan motosikal ini agak mustahil untuk dijadikan kenderaan ke pasar ataupun hantar anak pegi sekolah.

Kuasa motosikal ini walauvbagaimanapun tidak dinyatakan sama ada menggunakan enjin biasa ataupun elektrik. Namun jika ianya bukan satu masalah kerana BMW sendiri mempunyai pelbagai enjin yang boleh dilengkapkan pada motosikal ini.

Tak mustahil pun kalau ia dilengkapi dengan enjin M5. Ok, itu kami tipu. Tetapi kalau pun mereka inginkan menggunakan enjin sedia ada, enjin 1200 pada siri GS pun sudah mencukupi untuk membuatkan anda melayang seperti Batman.

Posisi penyerap hentak belakang memang cukup menarik bila ia digabungkan dengan lengan ayun belakang. Ini membuatkan bahagian belakang kelihatan lebih simple dan kurang berserabut. Nak basuh pun senang sikit.

bmw titan batman (1)

Sebenarnya model konsep seumpama ini agak mustahil untuk diterjemahkan ke alam realiti tetapi idea yang diketengahkan memang cukup menarik. Ia mampu menjadi pemangkin kepada para pengeluar motosikal lain untuk menghasilkan rekaan yang sebegini menarik. Perekanya sendiri tidak banyak bercerita tentang model ini tetapi dia menyatakan yang beliau mengambil inspirasi daripada model BMW i8 untuk menghasilkan motosikal ini.

Model konsep sebegini juga menentukan hala tuju sesebuah syarikat di masa hadapan. Kita sendiri mempunyai pengeluar kereta dan motosikal tempatan tetapi cukup jarang pengeluar kita mengeluarkan model konsep untuk tatapan umum. Kali terakhir seingat kami Proton pernah mengeluarkan lima model konsep yang dinamakan bersempena dengan nama Hang Tuah lima bersaudara beberapa tahun lepas. Hasilnya selepas itu lahirlah Preve dan Iris.

Apa kata Modenas pula mengorak langkah mengeluarkan model konsep sebegini. Mesti cukup menarik. Bahagian sumbangan idea jangan risau, rakyat Malaysia memang kaya dengan imaginasi. Bukan hanya golongan dewasa tetapi tengok sahaja kanak-kanak sekarang dengan basikal yang dicantumkan dengan fairing EX5. Tak kreatif ke? Itu belum iklan jual kereta lagi. Asal warna merah saja mereka akan panggil merah Ferrari.

Google ads
Back to top button