NISSAN KICKS E-POWER EDISI IMPUL KINI TERSEDIA DI SEMUA BILIK PAMERAN NISSAN
Selepas membuat kemunculan menarik di Malaysia Autoshow 2025 dan Super GT Sepang, versi khas Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL kini secara rasmi tersedia di semua bilik pameran Nissan seluruh negara.
Model SUV kompak ini bukan sekadar menawan pandangan dengan gaya tersendiri, malah menggabungkan inovasi kejuruteraan terkini dari Nissan dengan sentuhan penalaan eksklusif oleh jenama Jepun terkenal, IMPUL.
Menampilkan aerokit eksklusif IMPUL, model ini diperkemas dengan spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi aerodinamik, spoiler bumbung serta pelekat sisi IMPUL yang menyerlahkan identiti tersendiri. Bonet hadapan turut dihiasi lencana IMPUL yang memberikan sentuhan akhir berkelas.
Melengkapkan penampilan ialah rim aloi IMPUL AURA SX-50 bersaiz 18-inci buatan Jepun dengan kemasan gangsa berkilat, digandingkan dengan tayar prestasi tinggi Goodyear Eagle F1 Sport bersaiz 225/45 R18.

Nissan KICKS e-POWER digerakkan oleh teknologi unik e-POWER yang menggunakan enjin petrol untuk menjana motor elektrik, menawarkan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya tanpa keperluan mengecas.
Harga Pakej IMPUL dan Tawaran Terhad
Anda boleh mendapatkan pakej IMPUL ini pada harga RM8,500, yang merangkumi dua komponen utama:
- Aerokit IMPUL penuh: RM5,000
- Pakej tambahan termasuk spoiler bumbung, rim aloi, tayar, pelekat & lencana IMPUL: RM3,500
(Terhad kepada hanya 50 unit sahaja)
Lebih menarik, sempena pelancaran, pelanggan yang membuat tempahan awal boleh menikmati Aerokit IMPUL secara percuma, penjimatan bernilai RM5,000, selagi stok masih ada.
Semua aksesori IMPUL turut dilindungi oleh jaminan selama 3 tahun atau 100,000km, mana-mana yang terdahulu.
Untuk maklumat lanjut dan janji temu pandu uji, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Nissan terdekat atau melayari laman web rasmi www.nissan.com.my.
- BACA: SELAMAT JALAN SHUNSAKU TAMIYA – TERIMA KASIH UNTUK KERETA KAWALAN JAUH BERKUALITI TINGGI
- BACA: PROTON X50 2025 RASMI DILANCARKAN – JANA 181PS, HARGA BERMULA RM89K
- BACA: TERKINI: SYM VF 185 MASUK MALAYSIA SEPTEMBER INI – 19.7HP, 17.4NM
- BACA: ALKISAH SUZUKI DAN SISTEM PACUAN EMPAT RODA SELAMA 55 TAHUN


