Buletin

ALKISAH SUZUKI DAN SISTEM PACUAN EMPAT RODA SELAMA 55 TAHUN

Suzuki Motor Corporation yang terkenal di seluruh dunia dengan teknologi 4×4 meliputi banyak model dan telah menjangkau usia 55 tahun sejak Pengenalan pertama kali melalui model LJ10 pada tahun 1970.  Kepakaran yang terbukti dengan baik ini telah berkembang selama lima dekad dengan kini tampil teknologi terbaharu dikenali sebagai ALLGRIP.

Ternyata teknologi pacuan empat roda sebegini dilihat cukup ideal buat masyarakat di luar bandar dengan keperluan memandu di laluan yang sedikit mencabar lagi licin terutamanya ketika musim hujan.

GENERASI PERTAMA (1970 – 1981)

Sistem sistem pacuan empat roda ini telah mula dipasangkan pada model Jimny LJ10 bermula tahun 1970 yang merupakan sebuah kenderaan kecil dan ringan yang boleh melalui jalan yang kasar serta berkeupayaan untuk melepasi laluan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa.

Cukup berbeza dengan model pacuan empat yang ada dalam pasaran ketika itu yang biasanya bersaiz besar dan tinggi, model Jimny LJ10 berjaya tampil sebagai model off-road mini yang handal dan dikeluarkan secara produksi massa untuk pasaran domestik Jepun.

GENERASI KEDUA (1981 – 1998)

Pada tahun 1981, Jimny melalui perubahan model penuh pertama selepas 11 tahun, sejak pelancaran LJ10. Dengan kenderaan pacuan empat roda semakin popular di Eropah dan Amerika Utara, permintaan untuk LJ meningkat sejajar, dan generasi kedua, SJ410, dibangunkan secara strategik untuk mencabar pasaran global.

Dengan reka bentuknya yang lebih tajam, SJ410 mengubah imej praktikal bekas Jimny kepada model off-road yang bergaya yang sesuai untuk kedua-dua digunakan di bandar dan luar jalan. Pada tahun 1984, SJ413 telah dilancarkan dengan cita-cita untuk menguasai pasaran global. Ia menggunakan enjin 1.3 liter dan merupakan sesaran enjin terbesar Suzuki pada masa itu. Jualan terkumpul siri Jimny generasi kedua berjumlah 1.693 juta unit cukup untuk membuktikan betapa popularnya model ini

GENERASI KETIGA (1998 – 2018)

Generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 1998 sambil mengekalkan ciri offroad yang ada tetapi ditambahkan dengan tahap keselesaan yang lebih tinggi dan menawarkan kestabilan dan kebolehgerakan yang lebih baik di atas jalan.

Pada tahun 1998, Jimny generasi ketiga membuat debutnya. Sambil mengekalkan ciri luar jalannya, ia memperkenalkan tahap keselesaan yang lebih tinggi dan menawarkan kestabilan dan kebolehgerakan yang lebih baik di atas jalan. Bahagian luarnya telah direka bentuk semula, mempunyai bentuk bulat padat yang menyerlahkan badan aerodinamiknya yang licin, tetapi masih mengekalkan elemen biasa dalam bukaan gril hadapan menegak.

Sistem 4WD baharu diperkenalkan dengan pertukaran diantara 2WD dan 4WD semasa memandu membolehkan tindakbalas segera diperolehi ketika melewati medan pemanduan yang mencabar.

GENERASI KEEMPAT (2018 -) ALLGRIP ‘PRO’*

Pada 2018, Jimny berevolusi sekali lagi. Menjelmakan sepenuhnya semangat pendahulunya yang amat digemari dan konsep teras sebagai “kenderaan 4WD satu-satunya, kecil dan ringan”, Jimny membuat penampilan sulungnya dengan lebih banyak fungsi dan praktikal pada kedua-dua penampilan dan prestasinya.

Dibangunkan dengan menggunakan ladder frame yang kukuh, sistem 4WD separuh masa dan juga sistem suspensi yang lebih sedap, Jimny kali ini masih mengekalkan ciri sebuah model mini offroad yang handal dan popular. Ianya telah terjual sehingga lebih 3 juta unit di seluruh dunia selama 55 tahun.

Oh ya, selain daripada model Jimny yang menggunakan sistem 4WD, terdapat juga beberapa model lain seperti Vitara generasi pertama hingga ke generasi terkini, SX4, Kizashi, S -Cross dan juga model kompak Ignis turut dilengkapi dengan sistem yang serupa menjadikan Suzuki sebagai pakar dalam pembuatan model 4WD.

BACA : SUZUKI VITARA – CINTA PERTAMA BUGYM YANG KETIGA

BACA : SUZUKI LANCAR GRAND VITARA 2023 DI INDIA. TAK NAK BAWA MASUK SINI KE?

Google ads

B K

Back to top button