Buletin

NISSAN MAGNITE 2021 MASUK PASARAN INDIA PADA 21 OKTOBER INI

Nissan Magnite SUV segmen B akan melakukan debut di dunia pada 21 Oktober ini selepas dipertontonkan model konsep pada Julai lalu.

Pada awalnya, model ini dibangunkan untuk jenama Datsun tetapi Magnite akan dibawa masuk sebagai jenama Nissan dalam segmen SUV di negara India.

Biarpun, model terbaharu ini memberi tumpuan pada pasaran India, ia diuji di Nissan Tochigi Proving Ground, Jepun.

“Nissan Magnite direka khusus di Jepun dengan menekankan kehendak pelanggan-pelanggan di India.

“Ia merupakan penawaran bagi kategori sub empat meter dan yakin model ini bakal membawa perubahan dalam SUV segmen B di India,” kata Pengarah Urusan Nissan Motor India, Rakesh Srivastava.

Magnite digambarkan sebagai penawaran premium yang menampilkan ciri-ciri masa depan dengan reka bentuk penuh bergaya, dinamik dan padu.

Model terbaharu ini dikatakan didatangkan dengan rekaan tipikal Nissan walaupun gril hadapan konsep jentera tersebut jelas mengingatkan kepada Datsun.

Bagaimanapun, dalam foto-foto prototaip ujian Magnite, ia diubah bersesuaian dengan rekaan V-Motion Nissan.

Selain itu, ia menawarkan rekaan elemen-elemen hitam di bahagian gril hadapan, bampar, lampu hadapan dan belakang.

Model produksi kelihatan hampir sama dibandingkan dengan kenderaan konsep tetapi terdapat sedikit perubahan dalam rekaan.

Prototaip Magnite menampilkan dua tona warna menyerlahkan sisi sporty SUV ini, rel bumbung berwarna perak dan kesan efek di bahagian pilar kelihatan seperti terapung di atas bumbung.

Kemungkinan besar, Magnite ini akan memperkenalkan logo terbaharu Nissan di India. – carscoops

Google ads
Back to top button