Buletin

VIDEO TULAR MUSTANG REMPUH NISSAN DI KAWASAN PARKIR.APA AJE MASALAH KORANG?

Pernah tak nak masuk kotak parkir tetiba ada kereta Kancil. Mesti rasa angin satu badan kan.

Pengalaman mencari parkir merupakan sesuatu yang boleh mendatangkan stres kepada pengguna jalan raya.

Apatah lagi kalau dekat Malaysia ni, ada pula manusia-manusia bodoh ‘chup’ tempat parkir dengan berdiri di kotak berkenaan.

Bagaimanapun, kisah di Amerika Syarikat ini agak berbeza berbanding di negara kita.

Dalam rakaman video yang dikongsi Live Leak pada awal bulan lalu malah mula tersebar di YouTube dan World Star Hip Hop menunjukkan sebuah Ford Mustang merempuh Nissan.

Ia tidak jelas mengapa kejadian berkenaan boleh berlaku.

Melalui video itu, seorang penumpang Nissan keluar dari kenderaan dan menendang beberapa kali di bahagian tepi Mustang merah terbabit.

Sejurus selepas penumpang Nissan memasuki kenderaan semula, pemandu Mustang yang berada di luar kenderaan memakai ves turut melakukan perkara sama.

Apa yang mengejutkan, pemandu Mustang terus merempuh Nissan terbabit dan menekan minyak sehingga tayar mengeluarkan asap.

Pemandu Nissan mengambil keputusan beralih dari lokasi kejadian tetapi diekori rapat Mustang terbabit.

Tidak dapat dipastikan kesudahan penghujung video berkenaan tetapi kedengaran siren polis memberi gambaran bahawa pihak berkuasa dalam perjalanan ke tempat kejadian. – carscoops.

Google ads
Back to top button