PANDU UJI RINGKAS NISSAN ALMERA VLT. JAUH BERBEZA DENGAN ALMERA LAMA
Nissan sebenarnya sudah lama menghasilkan sedan ekonomi untuk rakyat. Bermula dengan Nissan Sunny, Sentra dan terbaru Almera. Tapi bila Almera diperkenalkan, ia serba tak kena samaada dari segi rekaan, prestasi enjin dan juga pengendalian. Penulis boleh membaca peribadi orang yang memandu Nissan GT-R, Nissan 350Z, Nissan Sentra lama dengan turbo.
Tapi Nissan Almera N17, hmmm susah nak kata. Melainkan anda mengenakan kit Nismo atau Impul pada Almera anda. Hari ini penulis diberi kesempatan untuk menguji Nissan Almera N18 generasi baru secara ringkas. Pendek kata, Nissan Almera baru ini sangat berbeza dengan generasi lama dalam segenap aspek. Boleh nampak peningkatan kualiti pemanduan berbanding generasi lama.
1. Rekaan – Almera baru dihasilkan dari falsafah rekaan V-Motion tampil dengan rekaan yang lebih tajam dari bahagian depan, sisi dan belakang, tapi rekaan ini lebih kemas dan sporti. Rekaan jeriji depan, lampu depan dan lampu belakang memberikan idea yang Almera baru ini disasarkan pada golongan muda.
Rekaan ini jauh lebih kemas dan bergaya dari rekaan lama yang chubby dan menggelebeh.
2. Platform – Almera baru dibina di atas Renault-Nissan Alliance’s Common Modular Family (CMF-B) atau V Platform. Suspensi depan menggunakan topang McPherson dengan bar anti oleng manakala suspensi belakang menggunakan torsion beam dengan bar anti oleng. Brek depan menggunakan brek cakera dan belakang menggunakan brek drum.
3. Enjin – walaupun kami meneka yang Almera akan diberikan enjin lama, tapi Almera generasi baru datang dengan enjin 1000cc 3 silinder DOHC Turbo yang menghasilkan 99 kuasa kuda dan 152Nm tork dari 2400-4000 RPM. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT dengan pilihan Sport Mode.
4. Ruang Dalaman – Bahagian papan pemuka depan direka dengan ringkas, tapi penggunaan warna 2 tona menyerlahkan imej premium terutama dengan kemasan benang dan balutan seakan kulit pada papan pemuka. Unit multimedia yang juga bertindak sebagai monitor kamera 360 darjah memberikan kualiti video yang baik
Unit kawalan penyaman udara untuk varian VLT diberikan dengan gabungan kawalan digital dan analog. Tombol kawalan suhu penyaman udara diberikan pada bahagian kanan lengkap dengan fungsi Auto. Terdapat 3 sambungan USB disediakan iaitu satu di depan dan satu di belakang.
5. Ruang kabin – satu perkara yang boleh dipuji ialah rekaan kusyen Almera yang pada pandangan penulis adalah selesa berbanding dengan pesaingnya yang lain. Kusyen pemandu direka dengan semi bucket memberikan sokongan pada bahagian pinggang dan bahu.
Kusyen di bahagian belakang juga terasa selesa dan ruang kaki yang luas. Hanya tempat duduk di bahagian tengah barisan kedua terasa tidak selesa. Jika tiada penumpang di tengah, penyandar beakang boleh dijadikan perehat tangan.
6. Kualiti Pemanduan – bagi kereta Nissan, ia sebenarnya direka untuk kualiti pemanduan yang selesa. Ride quality yang bagus. Tapi untuk model baru ini, Almera tampil dengan pemanduan yang sedikit sporti. Jika anda perasan, torsion beam di belakang datang dengan bar anti oleng dan tayar yang lebih nipis dan lebar (205/55 R16) digunakan.
Agak susah sebenarnya nak seimbangkan antara ride quality dan handling pada masa yang sama. Pada pendapat peribadi penulis, spring dan penyerap hentakan Almera baru telah ditala dengan sedikit keras berbanding dengan model lama. Kalau pemandu muda belia, mesti akan suka dengan tetapan baru ini.
Prestasi Almera di selekoh jauh lebuh sedap berbanding dengan model lama. Bahagian belakang terasa tegap dan tak beroleng. Cengkaman dari tayar Continental Ultra Contact 6 pun sangat membantu kawalan stering Almera
Enjin pula walaupun atas kertas hanya memberikan 99 kuasa kuda sahaja, tapi ia membekalkan 152Nm pada 2400 RPM. Ini bermakna anda tak perlu paksa enjin untuk pemanduan biasa, melainkan anda sedang berlumba dengan Myvi. Malah dalam halaju antara 70-100km/j amat susah untuk melihat RPM melebihi angka 2000.
Talaan CVT pula dibuat lembut, lebih lembut dari tetapan yang ada pada kereta penulis. Jika anda menekan pedal minyak rapat ke lantai, barulah bunyi enjin akan memasuki ruang kabin. Pecutan akan dibuat secara linear tak tidak akan menyentap. Mungkin ini traits dari Nissan yang mahukan Almera kekal sebuah kereta yang selesa, bukannya sporti.
Penggunaan petrol yang diiklankan ialah sekitar 18.4km per liter, namun ini pandu uji ringkas dan penulis akan menguji penggunaan petrol pada masa lain
7. Aspek keselamatan – Bagi varian VLT ia akan hadir dengan lampu depan LED, Daytime Running Light LED, 6 beg udara, Dynamic Traction Control, amaran brek pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, kamera 360 darjah dengan sensor amaran, sistem amaran titik buta dan sistem amaran lintasan belakang
Unit pandu uji ringkas ini disediakan oleh Tuan Khairi dari Nissan cawangan Ipoh. Anda boleh membuat tempahan pandu uji dan juga pertanyaan berkeaan trade-in dengan beliau. Kalau anda bercadang untuk membeli sedan yang baru, saya cadangkan untuk anda memandu uji Nissan Almera baru ini.