Buletin

KENAPA NISSAN BUAT Z PROTO? INI JAWAPAN DARI ALFONSO ALBAISA

Nissan Z Proto dipertontonkan pada 16 September dan respon di media sosial nampak positif walaupun ada yang kurang bersetuju mengenai beberapa elemen reka bentuk.

Harus tahu, Z Proto bukan model produksi tetapi sebuah prototaip yang menandakan hasrat penawaran Z baharu pada masa depan.

Nissan merupakan pengeluar yang konsisten dalam meneruskan model legasi dan boleh dilihat melalui penawaran 370Z dan GT-R.

Di dalam artikel ini kami bawakan petikan temubual Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Global Nissan, Alfonso Albaisa yang menerangkan mengenai latar belakang Proto Z.

Tujuan Nissan Z Proto dibuat

Matlamat utama ialah untuk memaklumkan kepada dunia bahawa Z baharu bakal tiba. Z merupakan model penting buat Nissan.

Pendekatan yang diambil dalam merekabentuk Z Proto

Nissan meneroka dua arah reka bentuk iaitu penghormatan (model lama) yang kuat dan satu lagi gaya futuristik. 

Para pereka Nissan membuat banyak kajian dan lakaran serta penyelidikan mengenai setiap generasi untuk memahami dengan lebih baik apa yang membuatkannya begitu berjaya.

Hasilnya Nissan mengambil pendekatan untuk membawa pengaruh terdahulu dan masa depan.

Pengaruh model Z selain generasi pertama (S30) yang memberi inspirasi kepada pereka

Nissan mengambil inspirasi dari kesemua generasi Z semasa fasa reka bentuk awal dengan memberi penghormatan kuat kepada Z S30 dan perakuan kepada 300ZX.

Model itu mewakili pencapaian teknologikal kepada Z dan Nissan.

Bahagian yang merujuk kepada Z terdahulu selain rupa bentuk profail

Bonet Z S30 lebih tinggi berbanding bahagian belakang (bucu) kereta dan pereka Nissan mengulangi semula karakter tersebut pada Z Proto.

Satu lagi ciri penting ialah lampu LED dengan dua separa bulatan seperti ZG generasi pertama.

Lampu depan ZG mempunyai lensa jenis dome jernih dan menampakkan dua bentuk pantulan membulat di bawah cahaya. 

Turut membawa pengaruh model terdahulu ialah lampu belakang Z Proto yang diinspirasi dari model 300ZX.

Warna kuning terang

Warna pearlescent yellow dipilih sebagai perakuan kepada Z asal dan warna kuning yang ditawarkan pada 300ZX.

Kemasan pearlescent pula sengaja digunakan bagi menonjolkan warna kuning Z Proton di bawah sinaran matahari.

Mesej yang ingin Nissan hantar melalui Z Proto

Model ini mewakili komitmen Nissan kepada para peminat, warisan dan pengekalan DNA Nissan.

Nissan kekal dan terus membangunkan Z baharu memandangkan ia adalah sebahagian daripada bahagian penting buat jenama itu.

Dunia automotif pasti rasa janggal tanpa siri Z dan GT-R setelah sekian lama Nissan konsisten menawarkan pengganti dari satu generasi ke satu generasi.

Terima kasih dan tabik pada Nissan!

BACA: NISSAN 370Z DAN 370Z NISMO DIJUAL DI FILIPINA, DARI RM237K!

BACA: PADA 2013 NISSAN MARCH NISMO DIPERKENAL, COMEL DAN SPORTI

BACA: LELAKI INI DAPAT FRONTIER DARI NISSAN! GANTI FRONTIER LAMA LEBIH 1 JUTA BATU

Google ads
Back to top button