Buletin

NO TIME TO DIE JADI FILEM TERAKHIR JAMES BOND GUNA KERETA ASTON MARTIN

Filem James Bond, NO TIME TO DIE bakal ditayangkan tidak lama lagi. Namun ada dua berita kurang menggembirakan untuk semua peminat James Bond.

Pertama, ia akan menjadi filem terakhir pelakon Daniel Craig memegang watak utama. Sejumlah pelakon kelas A telah disenarai pendek, tetapi belum ada pengumuman dibuat oleh syarikat produksi

Kedua, ia juga merupakan edisi terakhir filem 007 yang ada kaitan dengan jenama kereta mewah, Aston Martin. Sedia maklum bahawa Aston Martin sentiasa menjadi bintang utama dalam filem James Bond sejak dahulu lagi.

Ketiadaan Aston Martin dalam filem James Bond akan datang banyak dipengaruhi oleh keadaan kewangan yang dihadapinya sekarang. Baru-baru ini, ia mengumumkan kerugian sebanyak £227 juta (RM1.24 bilion).

Selain kilang terpaksa ditutup, pandemik COVID-19 menyebabkan jualan kenderaannya jatuh sebanyak 41 peratus.    

“Sekarang merupakan tempoh yang sangat mencabar kerana pengedar dan kilang kami terpaksa ditutup akibat COVID-19. Kami juga perlu seimbangkan jualan dengan inventori bagi memastikan prestasi kewangan yang lebih baik nanti,” kata Pengerusi Eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll.

Pengeluar kereta itu kini juga sedang sibuk menghasilkan model SUV pertama dalam usaha menarik lebih ramai pembeli wanita.

Google ads
Back to top button