
ASTON MARTIN VANQUISH REMUK. PEMANDU WANITA TINGGALKAN KERETA DAN PEMILIK
Seorang pemandu wanita dari Melbourne, Australia telah melanggar penghadang jalan dan meninggalkan kereta model Aston Martin Vanquish V12 begitu sahaja.
Apa yang lebih menarik, wanita berkenaan bukan pemilik kereta berkenaan. Dia telah bertindak meninggalkan kereta dan pemilik kereta tersebut selepas melanggar penghadang jalan
Menurut Polis Victoria, kemalangan berlaku pada awal pagi Khamis. Dalam kejadian itu, seorang wanita yang sedang memandu kenderaan berkenaan telah melanggar penghadang jalan ketika melakukan pusingan.
Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui kerana wanita itu telah melarikan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita berkenaan bukanlah pemilik jentera berharga $500,000 (RM2.1 juta) itu. Dia juga bukan isteri kepada pemilik kenderaan itu.
Polis memaklumkan wanita berkenaan melarikan diri dan meninggalkan lelaki berkenaan di dalam kereta remuk itu.
Aston Martin Vanquish V12 mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala lelaki yang merupakan pemilik kereta tidak cedera.
Lelaki berkenaan telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan kejadian itu. Begitupun, pemilik kereta itu tidak mengetahui nama penuh wanita yang memandu dan melarikan diri. – autoevolution
- BACA: ASTON MARTIN DBS SUPERLEGGERA SUDAH TIBA DI MALAYSIA – RM2.88 JUTA SEUNIT
- BACA: INI KAEDAH PALING BAGUS REPAIR KERETA LEPAS KEMALANGAN
- BACA: KERETA KECIL KURANG SELAMAT DAN BOLEH SEBABKAN KEMATIAN DALAM KEMALANGAN – BETUL KE?
- BACA: ALAMI KEMALANGAN KERANA BAS LANGGAR LAMPU MERAH, PRASARANA MAHU GANTI MOTOSIKAL PENUNGGANG GRABFOOD







