Buletin

ANJING TERBIAR JADI DUTA, PENJUAL KERETA HYUNDAI DI BRAZIL

Tuscon Prime merupakan tarikan terbaharu malah menjadi penjual Hyundai paling popular yang terdapat di dunia.

Ia adalah bekas anjing terbiar dan memenangi hati orang ramai di seluruh dunia. Kehadiran anjing ini cukup mencuit hati para pelanggan, terutama di media online.

Apa yang lebih menarik Tuscon Prime menjual kereta kepada orang.

 Sebelum ia muncul dalam IG rasmi Hyundai Brazil sekali gus meraih populariti peringkat global, Tuscon Prime sudah menjadi selebriti di negara sendiri.

Sejak diperkenalkan satu bulan lalu, ia semakin dikenali dan mendapat di hati peminat online.

Anjing ini sering berkeliaran berdekatan Hyundai de Serra di Brazil sebelum salah seorang pekerja mengambiil keputusan menjadikan Tuscon Prime sebagai sebahagian keluarga kedai pengedar itu.

Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut menjadikan Tuscon Prime sebagai pekerja dengan memiliki tag pengenalan diri.

Tuscon Prime menjadi duta dan jurujual Hyundai. Selain itu, ia juga merupakan bintang viral di media sosial dengan memiliki akaun Instagram dan pengikut hampir 30 ribu.

Dalam tempoh setahun, Tuscon Prime telah meraih banyak perhatian dan populariti. – agensi

Google ads
Back to top button