
NYOBOLT EV, DICAJ DALAM MASA 5 MINIT SAHAJA. EH SAMA MACAM ISI MINYAK LAAA
Sebuah kereta sport elekrtik konsep dengan rekaan luar seperti Lotus Elise, boleh dipandu sejauh 250km dengan hanya menggunakan bateri sebesar 35kWh sahaja. Malah dengan menggunakan kaedah pengecasan pantas, bateri baru ini boleh dicaj dengan sistem DCFC sebanyak 4000 kali tanpa masalah
Untuk rekod, prototaip Nyobolt EV ini diuji di persekitaran sebenar di Millbrook, dengan bateri 35kWh tadi dicaj dari 10% ke 80% dalam masa 4 minit 37 saat sahaja. Malah bateri ini juga boleh bertahan sehingga 600,000 batu (965,000km) sepanjang hayatnya
Ketika diuji, Nyobolt EV dicaj dengan menggunakan sistem DCFC 350kW dan mengekalkan arus sebesar 500 ampere selama 4 minit sebelum kuasa elektrik mulai menurun. Pengecasan dalam masa 4 minit ini juga membenarkan Nyobolt dipandu sejauh 193km, dengan bateri bersaiz sama yang digunakan oleh Mini EV
Sebagai perbandingan, Porsche Taycan Turbo yang menggunakan sistem pendawaian 800 volt dan juga bateri 97kWh memerlukan sehingga 18 minit untuk mengecaj bateri daripada 10% ke 80%. Pengecasan pantas bagi Porsche Taycan membenarnkannya dipandu sejauh 442km
Nyobolt EV menggunakan rekaan bateri yang baru, menggabungkan karnon dan anod yang dihasilkan daripada metal oxide, menghasilkan bateri yang memiliki rintangan dalaman yang rendah, digandingkan dengan rekaan komponen elektronik dan Batteru Management System bagi meminimakan kesan penuaan bateri
Selepas dicaj sebanyak 4000kali atau mencapai 1 juta kilometer, bateri ini akan merosot kepada 80% iaitu angka yang masih boleh dianggap “sihat” bagi kereta elektrik. Nyobolt EV juga memilih untuk menggunakan bateri 35kWh bagi mengekalkan konsep ringan bagi kereta elektrik
Dengan hanya seberat 1250kg sahaja, berat ini masih berada dalam kategori ringan bagi kereta elektrik. Namun firma Nyobolt mengakui mereka adalah firma yang kecil sahaja dengan keupayaan menghasilkan 1000 unit kereta elektrik sahaja dalam setahun
The Elise-based prototype only weighs 1,250kg and the 35kWh battery has an official range of 155 miles. Though it sounds marvellous, the firm admits it’ll only be able to produce 1,000 units in 2025 for low-volume production. You’ve got to start somewhere though, right?