Buletin

NYOBOLT EV TAWAR JARAK GERAK 249KM, TEMPOH PENGECASAN HANYA ENAM MINIT

Pereka bentuk, Ian Callum, dengan kerjasama syarikat bateri pemula asal British, Nyobolt, membuat semula Lotus Elise S1 sebagai sebuah kenderaan elektrik baharu.

Syarikat itu mendakwa bahawa ia menjanjikan kadar pengecasan pantas kerana bateri digunakan adalah pek bateri kecil (35kWj).

Maka dengan itu, ia hanya mengambil masa enam minit bagi setiap pengecasan penuh dan menawarkan jarak gerak sehingga 249km.

Menurut laporan, faktor lain masa pengecasan jauh lebih singkat ialah kereta sports ini hanya memiliki berat sekitar 1,000kg sahaja.

Nyobolt EV adalah 100mm lebih lebar dan 150mm lebih panjang berbanding Elise yang kecil tetapi kekal padat serta ringan walaupun mempunyai rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya.

Selain itu, badan Nyobolt EV kelihatan lebih berotot berbanding versi asal disebabkan oleh penambahan ciri moden.

Model ini diserlahkan lagi menerusi rim aloi bersaiz 19-inci yang ditempah khas untuk Nyobolt EV.

Perincian lain termasuklah lampu depan LED bulat, lampu belakang LED quad, kamera sisi, salur masuk sisi, dek belakang yang kelihatan seperti penutup enjin berventilasi, spoiler ekor itik, dan panel bumbung komposit boleh tanggal.  Akhir sekali, port pengecasan Jenis 2 dipasang pada tiang B.

Walau bagaimanapun, model berkenaan tiada dalam perancangan pengeluaran namun Nyobolt menyatakan bahawa sel bateri termajunya akan dikeluarkan pada 2024.

Google ads
Back to top button