Buletin

TOYOTA GR YARIS BAKAL MILIKI TRANSMISI AUTO 8 KELAJUAN

Pengeluar kenderaan Jepun, Toyota mendedahkan sedang membangunkan transmisi 8 kelajuan untuk model GR Yaris.

Pendedahan berkenaan dilakukan di Toyota Gazoo Rally Racing Challenge di Jepun baru-baru ini.

Menurut Car Watch, prototaip didedahkan merupakan yang ke-109 malah terdapat perubahan ketara pada bahagian hadapan membolehkan aliran udara tambahan disalurkan ke penyejuk minyak kotak gear automatik.

Kotak gear automatik GR Yaris merupakan konvensional tork yang diubah kepada automatik.

Ia turut memiliki mod manual membolehkan pemandu menukar gear dengan menggunakan paddle shifter.

Timbalan Pengerusi Toyota Motor Corporation, Shigeru Hayakawa berkata dia telah merosakkan transmisi terbabit sebanyak satu kali dalam proses pembangunan.

Beliau menjelaskan Toyota menyasarkan bukan sahaja untuk penjimatan bahan api tetapi pemanduan sporty. – motor1

Google ads
"
"
Back to top button