Buletin

ROYAL ENFIELD SCRAM 411 BAKAL TIBA DI MALAYSIA. HARGA BAWAH RM30K? 

Royal Enfield baru-baru ini melancarkan jentera adventure crossover yang dikenali sebagai Scram 411 ke pasaran India. Dibina di atas chasis Harris Performance yang sudah terbukti tahan lasak, ia menjanjikan pengendalian yang lincah sama ada di atas jalan biasa mahupun off-road ringan.  

Scram 411 bakal dilancarkan ke pasaran Asia Tenggara menjelang pertengahan tahun ini, sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Utara dan negara-negara lain. 

Seperti yang boleh dilihat, jentera itu tampil dengan rekaan sebuah scrambler. Senang cakap, ia merupakan versi Scrambler untuk model popular Royal Enfield iaitu Himalaya. 

Motosikal itu dikuasakan oleh enjin LS-410 silinder tunggal bersesaran 411 dengan sistem penyejukan udara yang mampu menjana 24hp dan tork setinggi 32Nm. 

Ia dipasang dengan rim lidi bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang yang dibalut oleh tayar berbunga tebal. Bagi menawarkan tunggangan yang dinamik, Scram 411 menggunakan khidmat fork teleskopik dengan jarak travel 190mm untuk roda hadapan dan monoshock di belakang.  

Tugas membrek pula diserahkan kepada sistem cakera hidraulik tunggal pada roda hadapan dan belakang. 

Maklumat tunggangan seperti kelajuan, masa, baki minyak dan peringatan servis dipaparkan menerusi kluster meter analog. Pembeli juga ditawarkan dengan ciri Royal Enfield Tripper Navigation sebagai pilihan. 

Untuk pasaran India, Scram 411 ditawarkan pada harga sekitar RM11,000. Apa yang lebih menarik, pengedarnya di Malaysia, Didi Automotive dikatakan bakal melancarkan Sram 411 tidak lama lagi. Dengar kata, harganya bawah RM30,000. Menarik kan? 

GALERI

Google ads
Back to top button