Buletin

PAKEJ RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT RM250 BILION. TIADA YANG TERCICIR

Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion. Pakej itu dijangka  memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua.

Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.

Keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabak COVID-19. Untuk itu, PM juga telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Google ads
Back to top button