
PELAGAK NGERI JETMAN MAUT KETIKA LATIHAN DI DUBAI
Vince Reffet yang terkenal melakukan aksi lagak ngeri menggunakan jetpack dan sayap gentian karbon terbunuh ketika sesi latihan di Dubai.
Lelaki berasal dari Perancis itu merupakan sebahagian daripada pasukan Jetman Dubai.
Video pelagak ngeri berusia 36 tahun pernah menjadi viral apabila melakukan penerbangan di bandar negara Teluk itu, termasuk di sekitar bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan Alps.
Menurut kenyataan, Reffet meninggal dunia ketika latihan di Dubai tetapi tidak diperincikan kejadian berkenaan.
Kemalangan itu yang berlaku di pangkalan Jetman di sebuah gurun di luar bandar masih dalam siasatan.
Sayap gentian karbon yang digunakannya dikuasakan dengan empat enjin jet mini. Peralatan itu mampu mencecah kelajuan sehingga 402 km/j.
“Apa sahaja yang kami lakukan merupakan benda baharu.
“Bahkan, memiliki begitu banyak impian dan hidup sangat pendek,” kata Reffet kepada AFP pada bulan lalu. – agensi.
- BACA: PELAGAK NGERI WANITA MAUT, SYARIKAT PRODUKSI FILEM DEADPOOL 2 DIDENDA RM1.3 JUTA
- BACA: MOTOSIKAL PELAGAK NGERI MELETUP KETIKA PENGGAMBARAN MISSION IMPOSSIBLE
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK TERBAHARU BMW. SUT SAYAP, KELAJUAN MELEBIHI 300 KM/J
- BACA: BERJALAN ATAS SAYAP PESAWAT, WANITA DIHARAM NAIK PENERBANGAN UKRAINE INTERNATIONAL AIRLINES