BERJALAN ATAS SAYAP PESAWAT, WANITA DIHARAM NAIK PENERBANGAN UKRAINE INTERNATIONAL AIRLINES
Sebuah syarikat penerbangan telah mengharamkan seorang wanita daripada menggunakan perkhidmatan mereka selepas dia membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap pesawat.
Insiden itu berlaku pada 31 Ogos lalu itu ketika pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang di Kiev, Ukraine. Wanita tersebut berbuat demikian kerana mendakwa dia rasa terlalu panas. Wanita Turki itu tiba di Kiev bersama suami dan dua orang anak mereka.
Video gelagat wanita itu yang dikongsi oleh seorang instagrammer, boryspilchany menunjukkan dia masuk semula ke dalam pesawat melalui pintu kecemasan apabila seorang pekerja lapangan terbang bercakap dengannya dari bawah.
Seorang penumpang memberitahu hampir semua orang sudah turun dari pesawat apabila dia keluar berjalan ke atas sayap pesawat.
Sebaik sahaja melihat keadaan itu, juruterbang terus menghubungi ambulans, polis dan pegawai sempadan. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa dia tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan Ukraine International Airlines (UIA) menegaskan wanita itu membuka pintu kecemasan secara haram.
UIA menyatakan polis dan doktor gagal mendapatkan jawapan konkrit daripada wanita itu. Mereka menyifatkan tindakannya sebagai pelik dan memberi contoh tidak baik kepada anak-anaknya.
Selain mengharamkan untuk penerbangan akan datang, UIA juga menuntut supaya wanita itu dikenakan denda yang tinggi. – Philippine Daily Inquirer/Asia News Network
- BACA: PROTOTAIP PESAWAT PERTAMA BUATAN INDONESIA TERSANGKUT DI TOL
- BACA: TIKUS MENYELINAP DALAM KABIN PESAWAT. 300 PENUMPANG TERKANDAS SELAMA 2 JAM
- BACA: ANA JUAL TROLI MINUMAN DALAM PESAWAT, RM3,850 SEUNIT
- BACA: CHINA PERTIMBANG PERKENAL PESAWAT PENGEBOM XIAN H-20. BOLEH BURUKKAN LAGI KETEGANGAN SEDIA ADA