Buletin

PEMANDU MERCEDES BERI LALUAN TERJATUH DALAM SUNGAI. MALANG BETUL NASIB

Niat murni pemandu sebuah kereta mewah ingin memberi laluan kepada kenderaan lain di lorong sempit di Jalan Sungai Nibong di sini berakhir tragedi apabila terjunam masuk ke dalam sungai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, pemandu, Liow Shang Kang, 37, bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya Mercedes-Benz E250 untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Batu Berendam ke arah Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui Jalan Sungai Nibong.

“Semasa mangsa melalui Jalan Sungai Nibong, dia telah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa telah rapat ke bahu jalan sebelum tiba-tiba tergelincir masuk ke dalam sungai. Mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Semasa pegawai penyiasat tiba di lokasi kenderaan terlibat masih berada di dalam sungai tersebut. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button